Cucu Kongsi Video Ajar Nenek Menulis & Mengeja, Ramai Terharu Tumpang Bahagia

Masih mempunyai datuk atau nenek merupakan satu kebahagiaan yang cukup luar biasa buat kita kerana kasih sayang mereka sangat istimewa.

Lebih-lebih lagi jika mereka masih sihat dan kuat untuk diajak berbual atau melakukan aktiviti bersama.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @itsaizajustmint apabila memuat naik momen kebersamaan dengan neneknya yang sedang berusaha belajar menulis dan membaca.

Dalam video tersebut, neneknya terlihat sangat bersemangat belajar menulis dan mengeja dengan cucunya yang bertindak sebagai guru.

@itsaizajustmint School time with Grandma at home. I know my Tok would’ve love learning at school ☺️ #grandmasoftiktok #learningisfun ♬ New Home – Frozen Silence

Menurut pengguna TikTok berkenaan, warga emas yang dipanggil Tok itu pernah bersekolah namun terpaksa berhenti di usia yang sangat muda disebabkan pelbagai kekangan.

Jadi, dia mengambil peluang untuk membantu neneknya yang begitu bersemangat mempelajari ejaan-ejaan baru bagi membolehkan dia terus berlatih menulis.

Perkongsian comel itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan @itsaizajustmint yang sama-sama bersemangat mengajar neneknya menulis.

Selain daripada itu, ada juga sesetengah warganet yang berkongsi kisah hampir serupa dan menganggap momen kebersamaan tersebut sangat indah serta akan terus dikenang sampai bila-bila.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Cucu Kongsi Video Ajar Nenek Menulis & Mengeja, Ramai Terharu Tumpang Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*