“Bila Kita Minta Yang Baik, Allah Akan Beri” – Ziana Zain Sedia Berkahwin Lagi?

Penyanyi popular Ziana Zain akui tidak menutup pintu hatinya dalam soal jodoh, atau dalam erti kata lain, mencari pengganti pasangan hidup.

Menurut Ziana, dia hanya memohon yang terbaik kepada Allah SWT dan buat masa ini, perhatiannya tertumpu kepada keluarga dan dunia nyanyian.

“Saya tak berani cakap tutup pintu hati, kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tapi saya mohon kepada Allah agar memberikan yang terbaik dalam hidup saya.

“Bila kita minta yang baik, Allah akan beri tapi dalam bentuk apa itu, hanya Dia yang tahu.

“Sekarang saya mahu menumpukan perhatian untuk menyanyi dan berjumpa para peminat,” katanya.

Penyanyi lagu Puncak Kasih itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ziana menambah, dia tidak gemar melayan mesej atau komen berbentuk negatif yang dihantar kepadanya oleh orang yang tidak dikenali.

Kakak kepada Anuar Zain itu juga menganggap tiada peminat atau mana-mana pengikut di media sosial yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya.

“Tak ada pun peminat tawar diri sebab saya tak layan mesej-mesej mengarut, kalau kita layan, ia boleh jadi berpanjangan dan tidak baik.

“Lebih baik kita lihat pada sudut positif sahaja, mana yang tidak baik kita diamkan,” katanya.

Imbas kembali, Ziana pernah mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan memiliki tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka menemui titik noktah pada 12 Julai 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Murai

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bila Kita Minta Yang Baik, Allah Akan Beri” – Ziana Zain Sedia Berkahwin Lagi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*