Hargai Staff & Kongsi Rezeki, Muabellaz Taja Semua Pekerja Menunaikan Umrah – “Jasa Keringat Mereka Tak Terkira..”

Jurusolek popular MUA Bellaz bermurah hati menaja semua pekerjanya berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah.Selain semua pekerjanya, pemergian Bellaz ke tanah suci turut disertai oleh suami dan dua orang anaknya.

Menurut Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadini, dia sudah lama berhajat untuk membawa pekerjanya menunaikan umrah dan bersyukur apabila impian tersebut tercapai

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, tahun ni berpelung memunaikan lagi jejak tanah suci Makkah. Syukur Bellaz datang snegan suami dan anak-anak.

“Lepas tu memandangkan datang sini, saya dan suami memang niat dalam hati nak bawa semua team Bellaz Beauty HQ ke sini. Impian saya dan suami alhamdulillah

“Semua pakat tak percaya depa jejak kasi sini. Jasa pengorbanan mereka, keringat depa tak terkira bekerja dengan syarikat Bellaz. Alhamdulillah itu adalah rezeki orang sekeliling,” tulis Bellaz di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Bellaz sempat memuat naik foto-foto sewaktu urusan pendaftaran masuk menaiki penerbangan serta keluarganya yang duduk di kelas perniagaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan Bellaz dalam berkongsi rezeki kejayaan dan membawa semua pekerjanya menunaikan umrah.

Tidak terkecuali ramai yang menitipkan doa untuk dibacakan olehnya di hadapan Kaabah.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 80,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Hargai Staff & Kongsi Rezeki, Muabellaz Taja Semua Pekerja Menunaikan Umrah – “Jasa Keringat Mereka Tak Terkira..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*