[VIDEO] Kanak-Kanak Setia Pimpin Tangan Ibu Bvta Keluar Dari Bank Bikin Netizen Seb4k

Di kala orang lain yang seusia dengannya masih bergantung harap dengan kedua ibu bapa, namun berbeza pula dengan kanak-kanak perempuan ini yang telah menunjukkan sikap matangnya dengan memimpin tangan si ibu yang mengalami masalah penglihatan.

Anak pimpin tangan ibu

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Hezry Hashim memaparkan seorang wanita yang mengalami masalah penglihatan bersama anak perempuannya berada di bank untuk menyelesaikan beberapa urusan. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan spontan kanak-kanak tersebut yang memimpin dan memegang erat tangan si ibu untuk keluar dari premis berkenaan. Meskipun usianya masih kecil tetapi kanak-kanak ini sudah menunjukkan sikap yang matang dan bertanggungjawab membantu si ibu.

Video tersebut telah mendapat hampir 300k tontonan. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui terharu dan bangga melihat aksi kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan kanak-kanak ini seorang yang bertanggungjawab kerana sudi membantu si ibu meskipun usianya masih kecil. Mereka turut mendoakan agar kedua beranak ini dipermudahkan segala urusan.

Video

Respon netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Hezry Hashim

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] Kanak-Kanak Setia Pimpin Tangan Ibu Bvta Keluar Dari Bank Bikin Netizen Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*