Polis Minta Bantuan Interp0l Kes4n Nadir, Caprice Untuk Diambil Keterangan Bantu Siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah meminta bantuan dari Polis Antarabangsa (Interp0l) bagi mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4za Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat seorang pendakwah terkenal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengatakan bahawa Caprice dan Nadir diminta untuk berhubung dengan pihaknya bagi tujuan siasatan.

“Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.

“Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kedua-dua individu tersebut diminta untuk memberikan kerjasama untuk merakam percakapan.

“Semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.

“Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Polis Minta Bantuan Interp0l Kes4n Nadir, Caprice Untuk Diambil Keterangan Bantu Siasatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*