Permudahkan Muhyiddin Jadi PM, PAS Seru Rakyat Buat Solat Hajat & Bacaan Yasin

Tular sebuah poster memaparkan seruan PAS kepada rakyat Malaysia untuk mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Menerusi poster yang dimuat naik oleh pengguna @harakahdailyHD di laman Twitternya, terdapat kenyataan yang mengajak orang ramai untuk menunaikan solat hajat dan juga bacaan yassin.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS, tunaikan solat hajat dan bacaan surah Yasin di markas atau tempat masing-masing,” tulis kenyataan pada poster itu.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa orang pemimpin tertinggi gabungan antara PAS dan Perikatan Nasional (PN) termasuklah Tan Sri Hadi Abdul Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam poster terbabit.

Sehingga kini, tiada lagi jawapan siapa yang bakal menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 apabila Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Tegasnya, dia membuat keputusan berkenaan kerana mempunyai prinsip sejak dulu untuk tidak bekerjasama dengan PH.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawabi anda sendiri.

Be the first to comment on "Permudahkan Muhyiddin Jadi PM, PAS Seru Rakyat Buat Solat Hajat & Bacaan Yasin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*