Manisnya Mona Allen Bertudung… Mahu Perbaiki Diri Sebelum Bergelar Ibu

Penampilan pelakon Mona Allen berhijab menerusi perkongsian fotonya di laman Instagram menarik perhatian netizen yang memuji imej baharunya itu.

Tidak mahu membuat sebarang kenyataan berkaitan hal itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen memilih untuk membiarkan saja netizen membuat andaian sendiri mengenai imej bertudungnya itu.

Tambah Mona, dia kini sedang memperbaiki diri memandangkan bakal menjadi ibu tidak lama lagi.

“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu… itulah.

“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.

“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, foto aktres berusia 37 tahun itu memakai tudung yang dikongsikan di laman sosial menerima pujian daripada netizen.

Rata-rata netizen juga mendoakan agar pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu terus istiqamah dengan memakai tudung sepenuhnya.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Mona memberitahu dia dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan.

Menurut isteri kepada aktor Pekin Ibrahim itu, dia bersyukur menerima banyak hadiah barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya.

“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan… Insya-Allah saya dijangka bersalin September nanti. Sekarang saya masih di Johor, teman suami shooting.

“Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam,” ujarnya.

Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 40 pada 7 Disember 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Manisnya Mona Allen Bertudung… Mahu Perbaiki Diri Sebelum Bergelar Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*