Video Anak Sendiri, Syafi Tee Bercivm Mulut Dgn Wanita Tular, Ini Tindakan Ridhuan Tee

Selepas lima hari berdiam diri, pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akhirnya tampil membuka mulut berhubung kontroversi video c1um mulut anaknya iaitu pelakon Syafi Tee.

Ridhuan menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian buat dia dan anaknya yang baharu menceburi industri seni.

“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mahu menyelamatkan anaknya, inikan pula diri saya, hamba Allah yang hina. Tetapi saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua enam orang anak saya. Selebihnya saya berserah… saya pasrah.

“Syafi, anak kedua ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam lebih 30 tahun dahulu. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.

“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan.

Namun, apakan daya Allah mahu menguji hamba-Nya yang kerdil ini,” jelas beliau.

Jumaat lalu tular satu video seorang lelaki yang didakwa sebagai Syafi berc1vm dengan kekasihnya hingga menerima kec4man hebat netizen.

Tahun lalu, nama Syafi turut menjadi kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tular.

Sementara itu Ridhuan berkata, kejadian yang berlaku ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menegur mana-mana artis yang melakukan kesalahan.

“Ambil iktibar apa yang berlaku di Indonesia, ada segelintir ulama dan ilmuan berdiam diri, tidak menegur kehidupan artis, akhirnya ramai artis tersasar.

Apakah kita mahu itu juga berlaku kepada artis-artis kita?

“Kejadian ini tidak akan menjadikan saya berdiam diri. Sesiapa sahaja yang buat mungkar, akan saya tegur meskipun berada dalam keluarga saya sendiri.

Teguran saya tidak hanya kepada artis, tetapi semua orang, tidak kira siapa.

“Kehidupan ini adalah ujian. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya” katanya.

Untuk rekod, Ridhuan antara seorang pendakwah yang sering memberi komen terbuka berkaitan dunia hiburan termasuk kontroversi melibatkan video aksi panas pelakon Zul Ariffin dan gambar Yazmin Aziz berpelukan dengan Danial Chuer.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Video Anak Sendiri, Syafi Tee Bercivm Mulut Dgn Wanita Tular, Ini Tindakan Ridhuan Tee"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*