Tak Perlu Bawa Terbang Ke Paris, London… Saya Tak Baik Ke?’ – Ellie Suriaty Kes4l Bekas Suami Buka A1b Perkhwinan

Pelakon Ellie Suriaty Omar mengakui terkilan apabila Azri Iskandar mengeluarkan kenyataan mendakwa dirinya selalu meminta cer4i, meskipun Elly berusaha untuk menjaga hubungan baik serta a1b bekas suaminya.

Memetik laporan Kosmo!, pelakon serta pengarah itu berkata, sewajarnya perkara tersebut tidak perlu diungkit mahupun dipersoalkan memandangkan lelaki yang sudah hidup bersama dengannya sejak 19 tahun lalu itu tahu situasi sebenar.

Tambah Elly, walaupun telah berpisah namun dia masih cuba mengekalkan hubungan baik antara mereka berdua demi anak-anak.

Namun, kenyataan Azri benar-benar mengguris hatinya.Kenapa saya selalu minta cer4i?

Jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan itu ada pada dia. Dia tak perlu persoalkan pun atau bawa benda itu keluar (hebahkan).

Dia sudah sewajarnya lega kerana selepas percer4ian ini ramai bersimpati dengannya dan membenci saya.

Itu tidak mengapa asalkan anak-anak faham. Sekali lagi saya katakan saya ambil jalan ini demi kebaikan semua.

Ada ke perempuan yang hidup bahagia dan suami layan dengan baik tiba-tiba minta cer4i. Melainkan perempuan itu jenis tak bersyukur.

Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat.

Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?

Menerusi satu kenyataan dalam satu portal semalam, Azri berkata, selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie sebelum ini.

Namun, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam politik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan bercer4i pada 22 April lalu.

Sementara itu, Ellie ketika diminta mengulas mengenai gambar yang dikongsi bekas suami bersama seorang wanita dalam laman sosial, ulasnya, itu adalah hak bekas suaminya.

Saya tak boleh kata apa sebab saya bukan isteri dia lagi. Saya tiada hak untuk komen.

Sesiapa pun yang dia berkawan, terpulang kepadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: oh bulan

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak Perlu Bawa Terbang Ke Paris, London… Saya Tak Baik Ke?’ – Ellie Suriaty Kes4l Bekas Suami Buka A1b Perkhwinan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*