Lagi Sebulan Nak Kahwin, Bapa Ded4h Anak Tak Sah Taraf

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati mereka pastinya sibuk membuat persiapan sebelum tibanya hari bersejarah bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah.

Antara perkara yang dititikberatkan sebelum pasangan itu melafazkan akad nikah adalah wali kerana tidak semua orang layak memikul tanggungjawab tersebut.

Pun begitu, lain pula yang terpaksa dihadapi oleh pasangan suami isteri ini untuk memaklumkan kepada anak perempuan mereka.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok @tokadi_hipster, seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada bakal pengantin perempuan mendedahkan anaknya itu sebenarnya tidak sah taraf.

Difahamkan, anak tersebut lahir sebelum mereka bernikah kerana keterlanjuran bersama si isteri pada masa lalu.

Sedar dengan kekhilafan masa lampau, lelaki tersebut mengakui dirinya tidak layak untuk menjadi wali nikah kepada anak perempuannya yang bakal berkahwin kurang dari sebulan sahaja lagi.

Disebabkan hal itu, dia dan isteri meluahkan kebimbangan dan runsing untuk mendedahkan hal sebenar kepada anak mereka setelah sekian lama menyimpan rahsia tersebut.

@tokadi_hipster

Alhamdulillah syukur mak ayah masih ada rase tanggungjawab ingat Allah.. Beringatlah semua..

♬ Ya Allah – Wali

Meninjau ke ruangan komen, terdapat netizen meluahkan simpati atas apa yang berlaku dan tidak dapat bayangkan perasaan anak pasangan tersebt apabila mengetahui hal sebenar.

Selain itu, ada yang meluahkan kesyukuran kerana ibu bapa bakal pengantin perempuan itu telah menyedari da akui akan kesilapan mereka.

Disamping itu, mereka juga turut berkongsi pengalaman masing-masing apabila mendapat tahu hal sebenar semasa menguruskan borang nikah.

Apa-apa pun, didoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lagi Sebulan Nak Kahwin, Bapa Ded4h Anak Tak Sah Taraf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*