Selepas 7 Hari, Mira Filzah Umum Nama Anak, Siap Wujudkan IG Untuk Anak Sulung

Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu.

Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami, dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” kata pasangan ini.

Bersama hantaran tersebut, Mira dan suami turut berkongsi foto Wan Khair Amir daripada pandangan sisi dan menyertakan akaun Instagram bayi berkenaan.

Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi pada 10 Mei lalu bersamaan 9 Syawal.

Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

Dalam pada itu, Mira memberitahu dia juga sudah menjalankan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka itu.

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.

”Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas 7 Hari, Mira Filzah Umum Nama Anak, Siap Wujudkan IG Untuk Anak Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*