Lihat Rakan2 Naik Motor Iringi Van Jenazah Hingga Tol Kuala Kangsar Buat Ramai Sebak

Kemalangan ngeri yang mengorbankan 5 sahabat di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara masih lagi menjadi perbualan ramai.

Setakat ini dua jenazah telah selamat dikebumikan dan tiga lagi jenazah telah di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Jenazah Allahyarham  Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 dan Ahmad Akmal Bin Ahmad Mokhlis telah dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Sebelum bergerak pulang, kedua-dua jenazah telah disembahyangkan di Masjid Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan kehadiran jemaah dikatakan menyamai kehadiran sewaktu solat Jumaat.

Namun begitu, menerusi satu video yang dikongsikan salah seorang daripada rakan Allahyarham Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan telah membuatkan warganet sebak melihat semangat setia kawan mereka.

Beberapa motosikal yang juga rakan kepada Allahyarham telah mengiringi van jenazah yang membawa mangsa dari Masjid USAS sehingga memasuki tol Kuala Kangsar sebagai tanda penghormatan terakhir kepada allahyarham.

@nxbxlzz Selesai solat jenazah kami iringi dari masjid Usas hingga tol Kuala Kangsar #usastudent #usas #kualakangsar #syahid #masjidbainun #fypシ #trajedi #menora #terowongmenora #plus #sahabat ♬ Bila Tiba – UNGU

Perkongsian tersebut nyata telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen dengan mengakui sebak dengan situasi sayu itu.

Sehubungan dengan itu, mereka mendoakan agar roh 5 sahabat ini terus dicucuri rahmat kerana pemergian mereka telah ditangisi seluruh rakyat Malaysia. Salam takziah buat ahli keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lihat Rakan2 Naik Motor Iringi Van Jenazah Hingga Tol Kuala Kangsar Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*