Ziarah Golongan Tr4nsgender Di Surabaya, Belanja Makan, Ebit Lew Dipuji Netizen

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di Instagram tentang penziarahannya ke ‘lorong gelap’ untuk bertemu dengan golongan transgender di Surabaya, Indonesia.

Menerusi kemas kini berkenaan, Ebit mendedahkan yang ada antara golongan transgender di sana yang mula bekerja di situ sekitar usia 14 tahun dan ada juga yang berbuat demikian bagi menyara keluarga. 12 malam tadi saya ziarah transgender / maknyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya.

Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka. Mereka kata eh, ini Ebit lew yer? Yang suap anak Punk makan yer?macam mimpi jumpa di sini.

“Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap di situ. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh.

“Macam-macam kisah di sebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibu bapa serta menjauhi yang haram,” tulisnya.

Kemudian, Ebit memberitahu yang dia mengajak mereka untuk makan malam bersama dan seterusnya mengajak mereka bertanya soalan tentang apa sahaja yang mereka ingin tahu.

“Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut.

“Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah. Meninggalkan yang haram.

“Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang.

“Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang tersentuh hati melihat pendekatan yang digunakan oleh Ebit untuk berkongsi cerita bersama golongan berkenaan.

“Masya-Allah, dakwah ustaz lembut merangkul. Masya-Allah… Semoga hidayah untuk mereka tidak disia-siakan, amin,” tulis seorang netizen.

“Ya Allah semoga mereka diberi kemudahan kembali ke fitrahnya. Amin ya rabbal alamin,” doa seorang lagi pengguna media sosial.

“Terima kasih ustaz, jauh di sudut hati mereka, pasti ada perasaan ingin berubah, kita tidak boleh nilai mereka dari luaran, mereka pun manusia biasa, setiap manusia tidak lari daripada buat silap.

“Yang penting kita ada usaha untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada masa ke semasa, moga dipermudahkan segala urusan mereka semua dan semoga Tuhan gerakkan hati mereka dan bukakan pintu hati mereka untuk berubah ke arah kebaikan,” kongsi seorang pengikut Ebit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ziarah Golongan Tr4nsgender Di Surabaya, Belanja Makan, Ebit Lew Dipuji Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*