Penonton Dah Bijak, Hisyam Hamid Tak Perlu Buk4 Baju Untuk ‘Belanja’ Babak Tak Penting!

Demi menjayakan watak seorang bekas banduan dalam drama terbaharu berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan, pelakon Hisyam Hamid sanggup menurunkan berat badan sehingga 8 kilogram.

Kata Hisyam, 37, dia hanya mengambil makanan berat sehari sahaja sejak beberapa bulan lalu dan melakukan senaman supaya mendapatkan bentuk fizikal yang kurus.

“Saya melakukan persediaan untuk melakonkan watak ini kira-kira dua bulan sebelum memulakan penggambaran pada April lalu. Saya berjaya turunkan sebanyak 8 kilogram dari berat badan 83 kg sebelum itu.

“Saya hanya ambil makanan berat sekali sahaja pada waktu tengah hari dan minum kopi atau makan roti pada sebelah malam. Berpuasa di bulan Ramadan sebelum ini juga membantu saya untuk turunkan berat badan.

“Bagaimanapun saya tidak mencadangkan amalan ini kepada orang ramai. Saya buat supaya nak dapatkan fizikal kurus supaya sesuai dengan watak seorang bekas banduan,” katanya.

Hisyam ditemui ketika sidang media drama tersebut yang dijalan secara atas talian pada Khamis.

Diberikan kepercayaan sebagai watak hero dan bergandingan dengan pelakon wanita lain, Hisyam ada cara tersendiri bagi memastikan isterinya tidak berasa cemburu.

“Kalau tanyakan kepada isteri mesti dia kata tidak cemburu kerana faham dengan kerja saya sebagai pelakon. Namun saya tahu jauh di sudut hati seorang wanita akan wujud perasaan itu apabila melihat suami bersama dengan wanita lain walau dalam drama.

“Saya perlu bijak buat ‘damage control’. Kita tahu macam mana nak kawal keadaan dan pujuk isteri. Bergandingan dengan pelakon wanita juga bukanlah satu masalah sehingga menjadi isu besar dalam rumah tangga,” jelasnya.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada September 2006 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah dan Hayden.

Sementara itu, Hisyam juga sentiasa meletakkan limitasi dalam lakonan supaya tidak melakukan babak yang keterlaluan seperti menayang tubuh badan.

Kata Hisyam penonton sekarang cukup bijak menilai kualiti sesebuah karya dan adegan sebegitu tidak perlu untuk tujuan mempromosikan drama.

“Semestinya saya akan berbincang dengan pengarah jika ada babak yang tidak bersesuaian seperti membuka baju.

“Penonton sekarang sudah bijak, jadi tak perlu nak ‘belanja’ jika babak tersebut tidak perlu dalam sesebuah drama,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Penonton Dah Bijak, Hisyam Hamid Tak Perlu Buk4 Baju Untuk ‘Belanja’ Babak Tak Penting!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*