Ada Artis Tak Senang Duduk Tengok Rita Bakal Berlakon Kembali, Ini Respond Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini tampil bersuara selepas penerbit terkenal, Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Hj Zil meluahkan rasa teruja apabila Rita bakal kembali aktif dalam lakonan setelah hampir dua tahun tidak muncul dalam sebarang drama gara-gara menolak vaksin.

Menerusi hantaran di Instagram, Rita memberitahu bahawa ramai yang berasa tidak senang selepas tular berita dirinya bakal menjalani penggambaran dalam telemovie terbitan Zeel Production. Malah, Rita menjelaskan bahawa dirinya masih belum memberikan kata putus kerana masih dalam perbincangan.

“Sejak semalam viral bila producer @hj.zil up nak sisturr shooting projek dia, ramai yang tak senang duduk nampak.

Jangan risau, sisturr belum bagi kata putus lagi. Masih dalam perbincangan. Kalau itu dah tertulis rezeki sisturr, sisturr tak tolak rezeki  dari Allah.”-Jelas Rita

Tambahnya lagi, Rita turut menceritakan bahawa ramai produser memberikan tawaran untuk mengajaknya menjalani penggambaran sejak sebelum Ramadan, namun dia terpaksa menolak secara baik kerana ada perkara yang harus diselesaikan juga diberi perhatian.

“Nak habaq sikit kat netizen-netizen yang panas pungkoq lagi busuk hati tu, sebelum puasa pun  dah ramai produser-produser mesej ajak shooting tapi sisturr tolak cara baik sebab sisturr ada benda lain yang perlu diselesaikan dan perlu diberi perhatian.”-Rita Rudaini

Ibu kepada dua anak itu menitipkan pesanan kepada netizen agar tidak perlu rasa tergugat dengan dirinya yang bukanlah lawan mereka kerana sentiasa dilindungi Tuhan selain dikelilingi orang-orang yang baik.

“Tak payah lah Goyang dengan sisturr. Sisturr biashe-biashe je bukan lawan korang. Seba tu Tuhan selalu lindung sisturr dan anak-anak dan hadirkan orang yang baik-baik je keliling sisturr sebab ramai rupanya yang busuk hati dengan sisturr.”-Rita Rudaini

Pelakon drama Shah Alam 4000 itu mengakui bahawa dia sentiasa mempercayai rezeki daripada Allah SWT dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Instagram Rita

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ada Artis Tak Senang Duduk Tengok Rita Bakal Berlakon Kembali, Ini Respond Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*