Guna Khidmat Komposer Antarabangsa, Sajat Bakal Muncul Dengan Single Baharu – “Lagu Itu Tentang…”

Pengusaha kosmetik dan usahawan Nur Sajat mendedahkan yang dia kini sedang dalam proses untuk membikin single baharunya.

Menurut Sajat, single tersebut diciptakan oleh komposer antarabangsa dan bakal dirakamkan di Indonesia tidak lama lagi.

“Betul, saya akan hadir dengan single baharu tidak lama lagi. Komposer yang cipta lagu berkenaan merupakan komposer antarabangsa.

“Saya rancang untuk buat sesi rakaman di Indonesia. Kalau tiada halangan, saya akan ke Sydney untuk rakaman klip videonya pula,” katanya.

Ditanya apakah yang boleh dijangkakan oleh pendengar menerusi lagu terbaharunya, Sajat berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

“Lagu itu tentang… Sebenarnya saya tidak boleh cerita lebih mengenai lagu berkenaan. Tetapi, saya sudah beritahu komposer apa yang saya mahukan, lagu macam mana yang saya nak.

“Komposer juga sudah lihat apa yang berlaku kepada saya. Jadi, kalau nak tahu, kena tunggulah,” katanya lagi.

Sajat kini berada di Australia dan baru-baru mendedahkan yang dia menyambut hari raya di bumi kangaru itu bersama rakan-rakannya.

Untuk rekod, Sajat pernah muncul menerusi dua single sebelum ini iaitu Bobo Di Mana bersama Datuk Aliff Syukri dan Lucintaluna serta Makhluk Penggoda yang turut menampilkan Aliff Syukri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Guna Khidmat Komposer Antarabangsa, Sajat Bakal Muncul Dengan Single Baharu – “Lagu Itu Tentang…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*