“Beza Gila Dengan Kt TV..,” Kak Kepom Kelik Beraya Kelate, Dipuji Sopan Dan Rendah Diri

Hari raya  Aidilfitri yang jatuh pada awal minggu tempoh hari disambut dengan pelbagai reaksi.

Walaupun ada yang masih terkejut kerana raya ‘awal’ berbanding jangkaan, namun pastinya ramai yang sudah bersedia untuk berhari raya di kampung halaman.

Hal ini turut terjadi kepada selebriti terkenal, Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom apabila tahun ini beraya ke Kelantan iaitu kampung suaminya, Cikgu Azlan.

Perkongsian-perkongsian pengacara tersebut di Instagram menjelaskan yang dia serta anak-anak cukup gembira serta teruja beraya di sana memandangkan keluarga besar Cikgu Azlan cukup meraikan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Penampilan Kak Lina yang jauh berbeza berbanding di kaca televisyen sangat menyenangkan hati banyak pihak terutamanya peminat kerana merasakan dia seorang selebriti yang humble dan ramah sekali.

Dalam salah satu perkongsian daripada pengguna TikTok dikenali sebagai meqdiksurah, dia telah memuat naik momen Elly Mazlein dan keluarga datang berkunjung ke rumah sepupu.

Dapat dilihat yang selebriti berkenaan cukup ramah dan tidak kekok bergaul dengan orang-orang kampung yang sememangnya akrab.

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji penampilan selebriti berkenaan ang cukup sempoi.

Mereka yang pernah bertemu dan berjumpa dengan Elly turut memaklumkan yang pengacara tersebut sangat mesra dan lemah lembut berbeza seperti di kaca televisyen yang sentiasa menghiburkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @VIRALKAMIPRESS

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak @VIRALKAMIPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @VIRALKAMIPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Beza Gila Dengan Kt TV..,” Kak Kepom Kelik Beraya Kelate, Dipuji Sopan Dan Rendah Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*