Que Haidar Tiba-Tiba Trending, Babak Filem Legenda Budak Set4n Jadi Bualan Netizen

Pelakon Que Haidar terkejut apabila namanya tiba-tiba menjadi trending topik semasa di Twitter pada malam tadi (Khamis).

Rupa-rupanya, netizen kembali kongsikan adegan tegang pergaduhan antara Que dan Lisa Surihani dalam salah satu babak filem lakonan mereka, Legenda Budak Setan.

Perbualan dalam kalangan netizen itu tercetus rentetan daripada salah satu adegan emosi pergaduhan suami isteri dalam telefilem terbaharu lakonan Syafiq Kyle berjudul Cerai.

Telefilem terbabit telah ditayangkan di Astro Citra pada 9 malam 7 November lalu.
Sementara itu kata Que, dia tidak menyangka penonton masih mengingati hasil kerja seninya biarpun filem itu sudah lama ditayangkan.

“Terima kasih semua ingat dengan kerja seni saya. Alhamdulilah.

“Saya pun terperanjat, tiba-tiba. Ada ulangan ke cerita tu?

“Doakan hati saya terbuka. Amin” tambahnya ketika ditanya mengenai kemunculan semula di layar perak.


Menerusi sepotong babak Que dan Lisa itu, ramai yang masih merindui lakonan mantapnya dan menyifatkannya sebagai seorang pelakon yang hebat.

“Lakonan Que superb, babak ini sangat real. Dia mendera dan memukul Lisa sampaikan saya sendiri depresi seminggu selepas tengok babak ini,” ciap @Baerene_9.

“Menonton babak ini membuatkan aku sedar tiada lagi filem atau drama zaman sekarang seperti Que lakonkan dalam filem ini,” tambah @syhr_ft.

“Tak mustahil kalau sesiapa menghubungi polis kerana babak ini sangat real dan membuatkan trauma,” tulis @azwaamanina.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Que Haidar Tiba-Tiba Trending, Babak Filem Legenda Budak Set4n Jadi Bualan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*