Neelofa Terlepas Cakap

Hubungan antara selebriti terkenal pelakon dan pengacara Neelofa dengan bekas peserta rancangan realiti agama, Pencetus Ummah Riz, tidak dihebahkan secara terbuka oleh kedua pasangan ini.

Meskipun telah diketahui bahawa kini Harris telah pun merisik Neelofa, namun, jarang kita dapat baca komen atau dengar kenyataan dari tuan punya badan tentang kisah hubungan mereka.

Ada satu cerita tentang Neelofa baru-baru ini yang mana ketika mempromosikan produk susu miliknya pada 11 November lepas, dia terlepas cakap tentang Pu Riz.

Ketika itu rancangan live Shopee sempena sale 11 November, dan Neelofa mengguna pakai tagline ‘Semanis cinta pertama’.

Sedang bercerita tentang produknya, secara tiba-tiba Neelofa ada berkata ini: “Tapi untuk fun fact, he likes banana milk”.

Mendengar Neelofa mengguanakn perkataan he itu, pengacara terus bertanya kepadanya siapakah yang dimaksudkan dengan he itu: “Siapa He”.

Neelofa tak sempat nak jawab soalan itu kerana di momen itu juga jualan susu Neelofa amat alris dan telah sold out. Ketika itu Neelofa berkata dia dan team akan cuba untuk top up penjualan susu di Shopee.

Setelah kembali tenang, dan ingin kembali promosikan susu, Neelofa kemudian menyambung cerita bahawa ‘he’ yang dimaksudkan ialah Harris.

Ini jawab Neelofa: “Basically Harris prefer pisang more than mango. He has his own favorite taste, kaalu Lofa lebih suka mango”.

Video berkenaan telah direkod oleh page peminat Neelofa dan muatnaik di laman Instagram. Ini videonya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

Untuk info, Neelofa sekarang sedang busy dengan perniagaan air susu jenama Nilofa yang mempunyai empat perasa buat masa sekarang iaitu pisang, durian, kurma dan yang terbaru mangga.

Menerusi laporan terdahulu, Neelofa dan Harris dikatakan telah berbincang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Ada juga ura-ura mengatakan mereka berdua dalam rancangan untuk disatukan pada tahun hadapan, tahun 2021.

Semoga hubungan antara Neelofa dan Pu Riz ini akan menerima keredhaan dari Allah dan dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber :http://transformasi.pw/2020/11/13/trlepass-cakapp/

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Neelofa Terlepas Cakap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*