Ramai Belum Tahu Jumlah Kekayaan Khabib,Terima Bayaran Tertinggi, Ini Jumlah Wang Khabib Bawa Pulang

LONDON: Juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov dilaporkan menerima bayaran karier tertinggi sebanyak 4.6 juta pound (RM24.95 juta) selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254, semalam.

Khabib hanya memerlukan dua pusingan untuk menumbangkan lawannya secara teknikal knockout dalam pertarungan di Fight Island sebelum mengumumkan persaraannya secara mengejut.

Presiden UFC, Dana White menyifatkan Khabib kini sebagai yang terhebat sepanjang zaman di UFC.

Malah, kemenangan terbarunya itu adalah yang ke-29 di UFC sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus.

Selain meraih RM24.95 juta daripada pertarungan berkenaan, Khabib juga mendapat bonus tambahan kemenangan bernilai hampir 70,000 pound (RM379,738).

Selain itu, dia juga akan mendapat bayaran tambahan daripada jumlah per tontonan dalam kontrak ditandatanganinya sekali gus menyaksikan jumlah yang akan diterimanya lebih tinggi.

Ini bermakna Khabib bakal membawa pulang hadiah wang kemenangan lebih tinggi berbanding diperolehnya di UFC 242 ketika menewaskan Dustin Poirier.

Jumlah itu jelas lebih banyak berbanding 1.5 juta pound (RM8.14 juta) diterimanya ketika menewaskan Conor McGregor di UFC 229, dengan lawannya dari Ireland itu sendiri meraih pendapatan lebih 2.3 juta (RM12.48 juta).

Gaethje pula dilaporkan akan membawa pulang 300,000 pound (RM1.6 juta) daripada pertarungan di Abu Dhabi itu. – Agensi

Miliki 6 Kereta Mewah! Beginilah Jumlah Kekayaan Khabib Nurmagomedov

Bintang seni beladiri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov terus hangat dalam perbincangan, setelah berjaya mempertahankan gelaran juara Kelas Ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) mengalahkan Conor McGregor.

Pertarungan ini akan diingati kerana berlakunya perg4duhan apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor. Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyer4ng salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor. Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Perg4duhan ini disebabkan oleh perkataan SARA dari tim McGregor terhadap Khabib, dan bapanya.

Walaupun dinobatkan sebagai juara, Khabib ternyata mendapat bayaran yang jauh lebih sedikit berbanding Conor McGregor, iaitu USD$ 2 juta atau RM 8.3 Juta. Sementara Conor mendapat USD$ 3 juta atau setara dengan RM 12.4 Juta.

Khabib Nurmagomedov nampaknya dapat mengalahkan Conor dari segi harta kekayaan. Media Celebrity Networth sempat membuat ramalan soal kekayaan petarung dengan rekor 27 kali menang itu.

Ingin tahu seberapa besar ramalan kekayaan yang dimiliki atlet 30 tahun itu? Baca ulasan di bawah.

Capai RM 8.3 Juta Dari Pertarungan Sebelumnya

Dalam setiap pertarungan, Khabib Nurmagomedov dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Mulai dari US$ 30 ribu atau RM 124 ribu hingga akhirnya mampu mencapai US$ 450 ribu hingga RM 1.8 juta.

Sebelum bertarung dengan McGregor, Khabib diramalkan sudah memiliki kekayaan sebesar USD$ 1 juta atau setara dengan RM 4.15 juta.

Tapi, beberapa sumber lain seperti PlayerWiki menyebutkan kini kekayaannya sudah mencapai US$ 2 juta atau RM 8.3 juta berkat pertarungan terakhirnya.

Informasi keseluruhan kekayaan Khabib memang tak diketahui umum. Forbes tidak memiliki informasi yang tepat soal hal itu, begitu pun dengan pihak Khabib yang memang tak terlalu terbuka dalam urusan harta.

Kaya Kerana MMA

Kalau beberapa atlet boleh mewah dan kaya raya kerana endorsemen, Khabib Nurmagomedov mewah hanya kerana terlibat dengan MMA.

Juara sukan Sambo dan Judo kelahiran tahun 1988 ini memang tak pernah terlihat jadi duta jenama produk apapun.

Dia juga tak pernah mem-posting gambar produk apapun di akaun Instagramnya. Gambar-gambar di Instagram Khabib umumnya hanya gambar latihan, dia bersama rakan-rakannya, atau konten-konten berunsur Islam.

Kerjaya profesional Khabib di MMA bermula sejak tahun 2008. Dalam waktu sebulan, dia berjaya memenangi empat pertandingan MMA.

Pada tahun 2011 dia pun bergabung ke UFC dan memulakan debutnya melawan Kamal Shalorus. Di pusingan ketiga, Khabib memenangi pertarungan sengit itu dengan memaksa Shalorus menyerah.

Koleksi Kereta Mewah

Mengenai soal koleksi keretal, Khabib juga tak mengumpul kereta mewah seperti Conor McGregor. Beberapa kereta mewah yang khabarnya pernah dimiliki Khabib adalah Lada Priora, Mercedes-Benz W124, Mercedes-Benz AMG GT, Ferrari California, BMW 6 Series, dan Land Cruiser J200.

Kereta Mercedes-Benz AMG GT, khabarnya kereta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh hartawan Rusia, Ziyavudin Magomedov.

Atlet Paling Popular di Rusia

Populariti Khabib Nurmagomedov memang tak boleh disamakan disebut dengan atlet-atlet kebanggan Rusia lainnya.

Terbukti, jumlah followers Khabib di Instagram juga jauh lebih banyak berbanding Maria Sharapova atau Fedor Emelianenko. Menurut laman web, TSM Sportz, penghargaan besar dia terima adalah selepas pertama kali merebut gelaran Kelas Ringan UFC. Di situ, Khabib mendapatkan ganjaran sebanyak USD$ 300 ribu dengan bonusnya USD$ 150 ribu.

Begitulah sedikit informasi kekayaan Khabib Nurmagomedov. Sebagai selebriti dan atlet mempunyai pendapatan yang tinggi, Khabib juga tak seperti Conor McGregor atau atlet mahal lainnya yang glamor, terutama soal pakaian. Jarang sekali dia terlihat dengan pakaian mewah saat berhadapan dengan lawannya sebelum bertanding

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Ramai Belum Tahu Jumlah Kekayaan Khabib,Terima Bayaran Tertinggi, Ini Jumlah Wang Khabib Bawa Pulang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*