Lebih 3 Juta Tontonan, Lihat Reaksi Kucing Ini Pada Treadmill

Tidak kisah kucing gebu, comel atau apa juga bakanya, buat peminat kucing semua pun ada kelebihan sendiri. Apa yang penting, kadang-kadang keletah kucing mampu membuatkan manusia terhibur. Rasanya macam boleh tahan bijak juga spesis haiwan yang satu ini.

Mungkin disebabkan itu juga kucing antara haiwan pilihan untuk dipelihara sebagai peneman tuannya. Biarpun begitu, baru-baru ini gelagat seekor kucing memberi reaksi pada treadmill milik tuannya telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di Youtube, kelihatan kucing dari Turki ini sangat ingin mengetahui mengenai treadmill tersebut sebenarnya. Di awal rakaman itu kelihatan kucing itu nampak agak takut dengan treadmill. Ia kemudiannya menyelinap ke bawah alat senaman itu dan melihat-lihatnya.

Biarpun pada awalnya kucing berusia baru setahun ini nampak takut, namun akhirnya ia nampak selesa berjalan di atas peralatan senaman itu. Pandainya dia!

Berikut adalah perkongsian oleh pemilik kucing tersebut menerusi laman Youtube miliknya:

Video reaksi kucing ini pada treadmill ini telah meraih lebih 3 juta tontonan sejak dikongsikan beberapa minggu lalu.

Sebelum ini pelbagai gelagat kucing pernah kami kongsikan membuatkan ramai terhibur. Agak ‘banyak akal’ ya spesis haiwan manja ini! Kadang-kadang perangai kucing ini memang tidak disangka dan boleh bikin berdekah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lebih 3 Juta Tontonan, Lihat Reaksi Kucing Ini Pada Treadmill"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*