Tiada Lagi Sidang Media Harian C0vid-19 Bermula Minggu Depan

Selepas lebih tiga bulan menjadi perhatian rutin rakyat Malaysia, sidang media harian Covid-19 akan dijarakkan mulai minggu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan perkara tersebut ketika mengakhiri sidang media harian petang tadi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir hari Sabtu ini. Kita tetap akan menjalankan ataupun memberi maklumat terkini…
“…tetapi mungkin minggu depan kita akan menjarakkan sidang akhbar ini,” katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan media yang telah bekerja keras bagi menjayakan sekaligus memutVskan penularan wabak tersebut dalam negara ini.

Sepanjang bersiaran langsung pada setiap hari, beliau pernah ‘cuti rehat’ sebanyak dua kali iaitu pada 9 Mei dan hari raya pertama namun mengeluarkan kenyataan media melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rujuk minit 1:03:48

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber : KKM

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tiada Lagi Sidang Media Harian C0vid-19 Bermula Minggu Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*