Juliana Evans Tersenarai 100 Wanita Paling Cantik Di Dunia

Dinobatkan antara 100 Wanita Paling Cantik 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman) berdasarkan dalam satu undian yang dilakukan laman web Starmometer, Juliana Evans tidak menyangka namanya termasuk dalam senarai berkenaan.

Menurut Juliana, dia sendiri tidak tahu menahu tentang undian tersebut dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mengundinya.

“Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya dan mesti mereka adalah orang-orang Malaysia. Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengundi,” katanya.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu berkata, dia lebih memilih kecantikan semula jadi dan tumpang gembira apabila ada orang yang menghargai dengan kecantikannya.

“Saya orang yang percayakan kecantikan semulajadi. Jadi, bila ada orang yang menghargai, saya tumpang rasa gembira.

“Apabila usia meningkat, saya tak terlepas daripada berdepan garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya,” katanya.

Menerusi undian itu, Juliana berada di tangga ke 72 mengatasi beberapa selebriti Hollywood Emma Stone di tangga ke 75, Taylor Swift di tangga 76 dan Amanda Seyfried ke 78.

Menduduki tangga pertama ialah pelakon Korea Selatan yang popular dengan siri Crash Landing On You, Son Ye-Jin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Juliana Evans Tersenarai 100 Wanita Paling Cantik Di Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*