Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Adam Corrie Dedah 9 Bulan Tiada Job

Masih ternanti-nanti tawaran berlakon daripada produksi drama mahupun telefilem, pelakon yang terkenal dengan watak gangster dan penjahat iaitu Adam Corie mendedahkan sudah hampir sembilan bulan dia tidak beraksi di depan kamera.

Lebih parah, pandemik COVID-19 mengakibatkan industri hiburan ‘lumpvh’ sehingga menyebabkan Adam terus menganggur. Bagaimanapun, Adam sedar punca dia tidak menerima tawaran kerana syaratnya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir berlakon. Ini membuktikan berapa lama saya tidak berlakon.

“Sudah sembilan bulan saya tiada ‘job’. Hanya disebabkan saya mengelak adegan bersentuhan dengan pelakon perempuan, banyak produksi tidak mahu panggil saya berlakon lagi.

“Mereka beritahu saya banyak ‘bunyi’ (kerenah), baik panggil sahaja pelakon yang boleh bersentuhan. Ada produksi yang menghubungi saya, tapi selepas diberitahu syarat itu, mereka tidak ‘call’ lagi,” katanya.

Adam turut terkilan dengan reaksi syarikat produksi seolah-olah pendirian enggan bersentuhan dengan pelakon wanita dianggap suatu kesalahan besar. Ujarnya, ada sahaja cara untuk menghidupkan sesuatu adeg4n meksipun tanpa bersentuhan.

“Bagi saya jika pengarah mempunyai pertimbangan, dia boleh menghidupkan sesuatu adegan tanpa perlu mengolah jalan cerita biarpun tiada babak bersentuhan,” katanya.

Adam berkata meskipun dia tidak menjadi pilihan penerbit dan pengarah berikutan syarat yang diberi, namun dia tidak akan berpvtus ada untuk kekal dalam indursti hiburan tanah air.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber : BH Online

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Adam Corrie Dedah 9 Bulan Tiada Job"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*