Dah Lengkap Sepasang. Saharul Ridzwan Timang Anak Kedua

Pelakon, Saharul Ridzwan menimang cahaya mata kedua selepas isterinya Qaabila Deena Emir selamat melahirkan bayi perempuan mereka hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Shahrul menerusi laman Instagram miliknya selepas meluahkan rasa syukur atas kelahiran si kecil seberat 3.305 kilogram itu.

Ali dapat adik perempuan!

“Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang. Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm
“Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak2. Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah.
“Amin Ya Rabb. Tak tahu nak taip apa ntah. Happy betul ni Salam Maghrib semua,” luahnya.

Posting menyentuh hati itu disertakan dengan gambarnya bersama bayi tersebut di dalam bilik hospital namun tidak mendedahkan wajah anaknya.

VIDEO:

Rata-rata rakan selebriti dan peminat turut tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas kelahiran zuriat terindah itu selain mendoakan yang terbaik buat keluarga berkenaan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 di Putrajaya dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber : Saharul Ridzwan

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dah Lengkap Sepasang. Saharul Ridzwan Timang Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*