Azlee Khairi Akui Bercinta Dengan Usahawan Kosmetik

Sebelum ini hangat diperkatakan pelakon Azlee Khairi mempunyai hubungan istimewa dengan Zara Zya. Namun, segalanya terjawab apabila aktor itu mengakui sedang menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Aniss.

Bagaimanapun, Azlee berkata dia masih belum mempunyai perancangan ke fasa lebih serius selagi tidak mendapat persetujuan daripada keluarga usahawan kosmetik berusia 22 tahun itu.

“Kami mula berkenalan sudah lama iaitu ketika awal-awal saya membuat kemunculan semula tahun lalu. Makin hari makin ada keselesaan dalam berkawan. Cuma, saya memang takkan teruskan hubungan ke fasa yang lebih serius selagi tidak mendapat persetujuan daripada keluarga Aniss sendiri.

“Bercinta tu sebenarnya macam tak tahu bila muncul. Saya akan berjumpa dengan keluarga Aniss dulu dan mendapatkan persetujuan,” katanya.

Dalam pada itu, Azlee berkata hubungan mereka itu mendapat maklum balas positif daripada keluarga Aniss.

Mengulas mengenai spekulasi perkahwinan yang sering diperkatakan netizen, Azlee berkata Aniss tidak pernah memaksanya untuk bercerita mengenai kehidupannya yang lalu.

“Ye perkahwinan sudah biasa. Sebab itu saya terbuka dalam soal perhubungan. Cuma saya tak nak lebihkan peribadi dalam kerjaya yang saya baru ceburi balik ini.

“Aniss juga tahu perkara ini dari awal perkenalan lagi. Sebab itu dia tidak mahu paksa saya untuk bercerita mengenai kehidupan saya yang lalu. Apa yang saya cerita itu pun dari semasa ke semasa yang saya selesa untuk bercerita dengan dia.

“Apa pun, saya tetap akan fokus kerjaya sama juga macam mana matlamat saya masa mula masuk semula bidang lakonan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Azlee Khairi Akui Bercinta Dengan Usahawan Kosmetik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*