“Kabel Kita Kemas Keming”Gadls Cantik Dakwa Dpt Kelulusan Rentas Negri Pakai Kabel

Sudah 2 bulan lebih kita rakyat Malaysia bersatu untuk mengurangkan penvlaran vlrus C0VID19.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk sama-sama membantu pihak Kementerian Kesihatan.

Hasilnya hari ini kita berjaya melandaikan lekuk jangkitan dengan jumlah kes setiap hari kurang dari 50 kes.

Walau bagaimanapun pergerakan rentas negeri tetap tidak dibenarkan melainkan mempunyai alasan yang kukuh atau pun kecemasan.

Sesiapa yang melanggar perintah yang ditetapkan akan diminta berpatah balik dan dalam masa yang sama akan dikenakan kompaun.

Semalam kita telah dikejutkan dengan kes penularan C0V1ID-19 di Kelantan yang mana negeri Kelantan sebelum ini merupakan zon hijau.

Ini adalah akibat dari seorang wanita yang telah merentas negeri dari Kuala Lumpur.

Ini adalah sebab mengapa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan.

Jual Nama Polis Dungun

Bagaimanapun tidak dapat din4fikan ada individu yang lebih ‘pandai’ menggunakan helah untuk tetap pulang ke kampung.

Seorang wanita telah bertindak memuat naik status di IG story memberitahu bahawa dia dapat pulang ke kampung kerana mempunyai ‘kabel’.

Dia turut memuat naik perbualan WhatsApp di Instagramnya dan dengan bangganya meminat supaya orang lain tidak cembru dengannya.

Beberapa screenshot telah dimuat naik di Facebook dan telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan.

Ini menunjukkan contoh yang tidak elok tambah lagi apabila dia telah memetik nama pegawai p0lis yang memberikan kebenaran untuknya.

Untungla rentas negeri pakai kabel.

Yang muka selipar kena angkut kat rumah. Muka lawa takkan lepaih kot

Apalah bijak sangat perangai lahai, dah ada kabel tu nak post macam ni pula kan dah terserlah kebod0han kau. Kau tgklah confirm sarjan bagi kau surat pelepasan rentas negeri mmg kena lah. Jgn underestimate netizen semua benda nak post, haih geram aku.

Nak kata bod0h marah lak… Siap bgtaw kabel kemas… Kemas betoi hahaha… Ang gtaw boleh balik sudah la hahaha… Nak menunjuk pon pandang2 haha… Sekali ramai yg ber’d3ngki’ sekarang hahahaha..

Nampaknya muka2 cun je la yang boleh rentas segala daerah dan negeri.. muka beshe2 tak ada harapan nampaknya..

#kkm #pdrm tolong ambil tindakan kat perempuan n sarjan edy sebab suka hati dia lepas perempuan filter ni rentas negeri.

Adik akak yang keje inspekt0r kat bukit aman pun akak tak berani nak suruh dia buat surat. Tak pepasai kena tindakan sesaja sarjan tu… Tak amanah langsung…

Nampaknya sudah ada netizen yang membuat laporan tentang isu ini kepada pihak bertanggungjawab.

Perkara ini harus disiasat agar tidak ada yang boleh salah guna kuasa dan salah guna kecantikkan.

Kerajaan hari ini memutuskan tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran C0VID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenderaan yang cuba merentas negeri bukan hanya akan diarah berpatah balik tetapi juga turut dikenakan kompaun serta-merta di sekatan jalan raya.

PERJALANAN RENTAS NEGERI TIDAK LAGI DIBENARKAN – MKN

Dalam perkembangan terkini, Majlis Keselamatan Negara hari ini memutuskan untuk tidak lagi membenarkan perjalanan merentas negeri berkuatkuasa serta-merta.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi membuang masa pergi ke balai-balai polis untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri.

“Kami menerima laporan, semalam seramai 1,300 orang beratur di Balai Polis Daerah Kuantan, Pahang untuk memohon kebenaran pulang ke kampung halaman.
“Ingin ditegaskan, pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali.

“Bagi yang telah mendapat kebenaran sebelum ini, anda tidak mempunyai masalah untuk membuat pergerakan merentas negeri, sama juga kepada kes-kes kecemasan seperti kematian.

“Tetapi jika dilihat kepada apa yang berlaku semalam, tidak mungkin 1,300 orang yang beratur di tengah-tengah panas di IPD Kuantan itu semuanya kerana ada kes kematian,” katanya semasa sidang media hari ini.

Tegasnya, arahan terbaharu itu juga merangkumi perjalanan merentas negeri dengan menggunakan pesawat.

Pihak polis katanya, mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan masuk ke lapangan terbang dan mungkin perlu mengadakan pemeriksaan di kaunter-kaunter daftar masuk selepas Iarangan merentas negeri diperketatkan yang bermula hari ini.

Ketika ditanya mengenai berita seorang lelaki yang berbangga berjaya melakukan pergerakan rentas negeri secara har4m, Ismail Sabri berkata, polis akan mencari lelaki tersebut.

“Sama seperti keluarga yang berswafoto apabila berjaya merentas negeri sebelum ini, saya rasa polis akan cari Mat Sayuti ini.

“Polis memang mengadakan sekatan jalan raya selepas plaza-plaza tol dan di jalan-jalan lama.

“Tetapi mungkin ada yang menggunakan lorong-lorong tikus di mana tiada sekatan jalan raya dibuat di kawasan tersebut, namun begitu seperti yang saya katakan sebelum ini, mereka mungkin terlepas semasa pulang ke kampung tetapi akan berhadapan hukuman apabila pulang semula ke tempat bermastautin,” tegasnya.

Ditanya mengenai terdapat aduan yang mengatakan ada pengguna jalan raya telah diarahkan berpatah balik ketika mahu melakukan pergerakan rentas daerah, Ismail Sabri menegaskan aktiviti rentas daerah masih dibenarkan.

Namun begitu, beliau mengesyaki, ada yang cuba menipu pihak polis semasa melalui sekatan jalan raya dengan memberi alasan untuk melakukan pergerakan rentas daerah sedangkan mereka berhasrat untuk merentas negeri.

“Polis mengetahui apa sebenarnya tujuan mereka kerana apabila ditanyakan soalan-soalan, pengguna jalan raya tersebut mungkin memberikan jawapan yang meragukan.

“Mereka mungkin beri alasan untuk rentas daerah tetapi sebenarnya mahu merentas negeri dan disebabkan itu pihak polis telah memberi arahan untuk berpatah balik.

Semalam juga, sebanyak 2,412 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber  : transformasi

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kabel Kita Kemas Keming”Gadls Cantik Dakwa Dpt Kelulusan Rentas Negri Pakai Kabel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*