Polis Terima Laporan D4kwa Dr Zulkifli L4nggar PKP

Polis telah memulakan siasatan berhubung laporan yang diterima daripada beberapa individu terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang didakwa melangg4r Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan sehingga kini dua laporan polis diterima mengenainya dan siasatan awal sedang dijalankan.

“Kita sudah rakam keterangan pengadu, manakala keterangan pihak lain akan diambil selepas mendapat arahan lanjut Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,” katanya.

Sebelum ini, tular gambar salinan laporan polis dikongsi di sebuah laman Facebook menggunakan nama Azmi Arshad pada 5 Mei lalu,namun nama serta butiran lain pengadu dipad4mkan.

Pengadu mendakwa beberapa aktiviti Dr Zulkifli melanggar PKP ketika mengadakan penyampaian surat pelantikan JAKIM kepada seorang pegawainya serta menghadiri dua mesyuarat dengan beberapa individu di pejabatnya.

Malah mendakwa bekas mufti Wilayah Persekutuan itu melakukan kesalahan sama ketika penyampaian bantuan masyarakat orang asli di Terengganu selain mengadakan kenduri bersama pegawainya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLMENJERITPRESS

Sumber : BH Online

PERHATIAN: Pihak @KLMENJERITPRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KLMENJERITPRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Polis Terima Laporan D4kwa Dr Zulkifli L4nggar PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*