Peniaga Online Yang Jual T0PENG MUKA Melebihi Harga RM1.50 seunit Diberkas Polis



Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan pasukan daripada Kementerian Pengguna Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah di sebuah rumah, di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah selepas didapati menjual topeng muka tiga lapis kepada pelanggan melebihi harga siling RM2.50 seunit.

Lelaki berkenaan ŷang menjual topeng muka tersebut secara dalam talian ditahan ketika pihak berkuasa mengadakan serbuan ke rumahnŷa.

Hasil sebuan menjumpai 3,450 unit topeng muka dengan nilai rampasan berjumlah RM6,900.

Menurut Pengarah KPDNHEP Negeri Kedah Rae Morn Verak berkata sebuan ini adalah hasil maklumat orang awam.

“Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklankan topeng muka berkenaan sementara pesanan pula melalui aplikasi Whatsapp dan barang dihantar melalui pos,” katanŷa.

Suspek akan didakwa di bawah Seksŷen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling topeng kepada RM2 seunit sebelum menŷemak turun harga produk berkenaan kepada RM1.50 seunit.

Be the first to comment on "Peniaga Online Yang Jual T0PENG MUKA Melebihi Harga RM1.50 seunit Diberkas Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*