Inilah Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional Secara Online

Sekiranya anda ingin membuant dan memohon Bantuan Prihatin Nasional Permohonan BPN, Semakan Status Dan Tarikh Pembayaran ini, sila ketahui informasi di bawah ini terlebih dahulu.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Dan Semakan BPN 2020.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada 27 Mac 2020, berkata kerajaan telah menyediakan Pakej Rangsangan dikenali sebagai Pakej PRIHATIN yang memberi manfaat kepada semua rakyat dengan peruntukkan berjumlah RM250 billion :-

  • RM128 billion untuk melindungi kebajikan rakyat
  • RM100 billion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS)
  • RM2 billion untuk memperkukuh ekonomi malaysia
  • RM20 billion telah diumumkan pada pakej rangsangan sebelumnya

Beliau juga mengumumkan Bantuan PRIHATIN Nasional. Ianya adalah pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Semakan Status Dan Pembayaran

Menerusi siaran media Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 29 Mac 2020, pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan kepada pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Syarat Kelayakan BPN

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:-
1) Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan

b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:-

1) Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan

c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

2) Bujang

a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan

b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Siapa Yang Perlu Memohon Dan Tidak Perlu Memohon?

Berikut adalah maklumat berkaitan kaedah cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

i) Penerima Yang Tidak Perlu Memohon Atau Mengemukakan Permohonan Baharu BPN

Mereka yang tidak perlu memohon adalah seperti berikut :-

i) Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)

ii) Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

iii) Bujang RM2,000 ke bawah

Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)

iv) Bujang RM2,001 hingga RM4,000

Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

ii) Perlu Mendaftar Permohonan BPN Baharu

Mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat seperti ketetapan berikut :-

Tarikh: Mula 1 April 2020
Permohonan Di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
2) Bantuan Sara Hidup (BSH)
3) Kementerian Kewangan Malaysia
Pautan Aplikasi permohonan akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi

Semakan BPN Online
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh membuat semakan status Bantuan Prihatin Nasional mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan kepada :-

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan

2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status Bantuan Prihatin Nasional boleh disemak di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

2) Bantuan Sara Hidup (BSH)

3) Kementerian Kewangan Malaysia

Untuk panduan lengkap permohonan BPN beserta soalan lazim, sila rujuk kepada Siaran Media Kementerian Kewangan.

Bantuan Prihatin Nasional – Kategori, Jumlah Dan Tarikh Bayaran
Untuk membantu golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat wabak COVID-19, Bantuan Prihatin Nasional telah diperkenalkan. Bantuan akan diberikan kepada golongan B40 dan buat pertama kali ianya diberikan kepada golongan M40 . Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Jumlah bayaran yang akan dibuat adalah :-

RM1,600

Kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

RM1,000

Bantuan kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000
Bayaran pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei RM800

Melibatkan 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020
RM500

Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Untuk 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.

Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat lanjut :-
JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

JUMLAH/ KATEGORI BAYARAN APRIL/ TARIKH BAYARAN MEI/ TARIKH

No 1 RM1,600

(Isi Rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah)

RM1,000/ ? APRIL 2020 RM600/ ? MEI 2020

No 2 RM1,000

(Isi Rumah berpendapatan bulanan Lebih RM4,000 Hingga RM8,000)

RM500/ ? APRIL 2020 RM500/ ? MEI 2020

No 3 RM800

(Individu Bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah)
RM500/ ? APRIL 2020 RM300/ ? MEI 2020

No 4 RM500

(Individu Bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bulanan Lebih RM2,000 Hingga RM4,000)
RM250/ ? APRIL 2020 RM250/ ? MEI 2020

*Tarikh RASMI pembayaran akan dikemaskini dari masa kesemasa

Nota : Bagi mereka yang membuat permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional dan diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus

Untuk Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak, ianya akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional untuk penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian

Kaedah Pembayaran BPN

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:-

Pembayaran sekiranya:

Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau

Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:-

Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah

Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

Selain pengumuman berkaitan Bantuan Prihatin Nasional, Perdana Menteri juga mengumumkan perkara berikut :-
Pembayaran Baki Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.

Bayaran One-Off Pelajar IPT RM200

Para pelajar institusi pengajian tinggi juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta dan diberikan kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.
Maklumat Lanjut Permohonan BPN, Semakan Status BPN Dan Tarikh Pembayaran

Untuk memuat turun atau download ucapan Perdana Menteri pada perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sila rujuk PRIHATIN.

Untuk maklumat terkini permohonan Bantuan Prihatin Nasional serta tarikh pembayaran dan semakan status, sila layari Portal Rasmi BSH.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:-

i) Kementerian Kewangan

No Telefon

03-8882 9089

03-8882 9087

03-8882 9191

03-8882 4565

03-8882 4566

Waktu Operasi : Jam 9 pagi – 5 petang Ahad – Jumaat (Mulai 29 Mac 2020)

ii) e-mel/ Laman Sosial

bsh@treasury.gov.my

pre2020@treasury.gov.my

Telegram: PRE PRIHATIN

Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia

iii) LHDNM

1-800 882 747

03-8911 1000

Jam 9 pagi – 5 petang Ahad – Jumaat (Mulai 30 Mac 2020)

Selamat membuat permohonan BPN Bantuan Prihatin Malaysia. Semoga permohonan anda berjaya.

Be the first to comment on "Inilah Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional Secara Online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*