Dr. Zulkifli Perasan Ada Kakitangan ‘HlLANG’ Pada Waktu Kerja

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan memperkenalkan sistem piramid untuk ‘anak buahnya’ yang bekerja di bawah jabatan dan agensi kementerian.

Beliau yang menitikberatkan mengenai masa berkata, perkara itu bertujuan supaya penjawat awam tidak mengabaikan waktu malah ketua jabatan perlu menyediakan laporan setiap minggu.

“Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana. Takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok,” katanya.

Tegas beliau, konsep ketepatan masa akan ditekankan seperti waktu hadir ke kerja dan menyiapkan tugasan dengan lebih awal dengan menyifatkan masa itu adalah emas.

Tambah Dr Zulkifli apabila ditanya mengenai cabaran yang berkaitan dengan masa, beliau sedar terdapat kakitangan banyak membazirkan waktu.

“Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya.

“Ini konsep tidak sihat. Padahal, kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal,” ujarnya.

Be the first to comment on "Dr. Zulkifli Perasan Ada Kakitangan ‘HlLANG’ Pada Waktu Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*