Baru Beberapa Hari Bergelar Menteri, Tuan Ibrahim Sudah Mula Difitnah?


Menteri Alam Sekitar yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempertahankan kegiatan pembalakan di Kelantan.

Tuan Ibrahim, yang memulakan tugas di kementerian itu hari ini, diminta memberi pandangan berkenaan kritikan terhadap kegiatan itu di negeri yang ditadbir PAS itu.

“Kalau tengok Kelantan, dia dapat sijil ISO berbanding dengan negeri lain yang langsung tak dapat.

“(Kritikan) sebahagiannya kerana sentimen pembangkang,” katanya yang merupakan timbalan presiden PAS.

Kerajaan kelantan sebelum ini dihujani kritikan kerana membenarkan kegiatan pembalakan yang antara lain menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di Gua Musang serta dikaitkan dengan pencemaran sungai di negeri itu.

Tuan Ibrahim membangkitkan sektor perlandangan, khususnya penamaman durian Musang King, yang menurutnya menjadi punca pencemaran sungai.

“Sebenarnya bukan isu balak saja, isu sekarang ini perladangan dan sebagai contoh, beribu ekar (ladang) Musang King yang kita kena tengok.

“Sungai kita, saya serius soal sungai….(Musang King) telah jadi punca pencemaran sungai,” katanya lagi.

Terdapat seluas 72,000 hektar ladang durian di Malaysia pada 2017.

Menurut The Star pada 2018, kira-kira 1,200 hektar kawasan berhampiran hutan simpan di Pahang yang menjadi habitat harimau Malaya – yang merupakan spesies terancam – dijadikan ladang durian Musang King.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata beliau akan meneruskan dasar-dasar baik yang dilaksanakan oleh kerajaan PH.

Katanya, Kementerian Alam Sekitar akan meneruskan rancangan untuk membentang Rang Undang-Undang (RUU) Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan di Parlimen, serta menghantar pulang baki 84 kontena sisa plastik haram yang dibawa masuk ke Malaysia, ke negara asal.

Pada masa sama, beliau berkata kementerian itu belum menerima Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Lynas bagi kemudahan pelupusan kekal (PDF) untuk sisa penulenan air larut lesap (WLP) di Bukit Ketam, Kuantan.

Terdahulu, Lynas berkata kerajaan Pahang membenarkan kawasan itu digunakan untuk PDF bagi sisa radioaktif.

Tuan Ibrahim juga berkata, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka ketika musim kemarau, yang dijangka bermula dua minggu lagi.

Dijangka sejumlah 14 hingga 15 agensi akan diletakkan di bawah Kementerian Alam Sekitar, antaranya Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

Pembalakan: M’kini pertahan laporan mengenai menteri alam sekitar

Malaysiakini mempertahankan laporan berita bertajuk “Tuan Ibrahim pertahan pembalakan di Kelantan” yang diterbitkan pada 11 Mac, 2020.

Laporan itu berdasarkan temu bual secara santai dengan Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man di Putrajaya semalam selepas sidang medianya yang sebelum itu disusuli upacara merakamkan waktu mula bekerja.

Seorang wartawan Malaysiakini telah meminta Tuan Ibrahim selaku menteri baru dan ahli parlimen dari Kelantan, untuk mengulas mengenai bidasan terhadap kerajaan negeri berhubung isu pembalakan.

Ini adalah susulan pertikaian tanah yang membabitkan masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang.

Hari ini, Kementerian Alam Sekitar mengeluarkan kenyataan yang mendakwa laporan itu tidak tepat. Walau bagaimanapun, kementerian itu tidak menyatakan secara khusus apa kesilapan berkenaan.

Menurut kementerian itu, aktiviti pembalakan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Kementerian Alam Sekitar sebagai agensi yang menerajui isu-isu alam sekitar dan biodiversiti akan terus melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan khazanah semulajadi negara selaras dengan dasar-dasar serta undang-undang sedia ada.

Video perbualan dengan Tuan Ibrahim boleh disaksikan pada akhir artikel ini. Transkrip perbualan dan terjemahan yang berkaitan adalah seperti berikut:

Soalan: Tadi YB kata nak menjaga alam sekitar kan? Di negeri Kelantan selalu dikritik kerana pembalakan…

Tuan Ibrahim: Pembalak di Kelantan dapat sijil ISO. Compare negeri lain langsung tak dapat. Sebahagian itu kerana sentimen, kerana negeri pembangkang. Tetapi kami tengok secara serius untuk menanangi isu pembalakan. Cuma kami harap ini agensi bersama dengan kerajaan negeri, pembalakan dibawah kerajaan negeri. Kita kena bincang.

Be the first to comment on "Baru Beberapa Hari Bergelar Menteri, Tuan Ibrahim Sudah Mula Difitnah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*