Hampir Nak Dekat Setengah Abad Sebagai Pembangkang, PAS Akhirnya Jadi Kerajaan Buat Ramai Yang Tak Sangka

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan barisan menteri kabinet yang baru telah memperlihatkan beberapa ahli parlimen daripada parti Pas memegang jawatan penting.

Tiga menteri tersebut bakal mewarnai tampuk pemerintahan selepas hampir 43 tahun Pas menjadi pembangkang.

Tiga menteri dari Pas

Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, Datuk Takiyuddin Hassan dinamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Pas ke Putrajaya

Menerusi Sinar Harian, kali terakhir Pas berada dalam kabinet perseketuan adalah pada Januari 1973 hingga penghujung 1977. Walau bagaimanapun Pas telah dipecat daripada Barisan Nasional pada tahun 1977.

Namun, pada kepimpinan kali ini, Pas bersama Umno dan Bersatu telah bergabung membentuk Perikatan Nasional dan membolehkan Pas duduk dalam kementerian di Putrajaya selepas hampir setengah Abad menjadi pembangkang di Malaysia.

Jom lihat apa kata netizen:

Mereka semua hebat2

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "Hampir Nak Dekat Setengah Abad Sebagai Pembangkang, PAS Akhirnya Jadi Kerajaan Buat Ramai Yang Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*