Dari UIama Dihormati, Kini ke Kabinet. Inilah Kata-Kata Tuan Ibrahim Sebaik Dilantik Jadi Menteri


“Terima kasih Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana memberi kepercayaan untuk saya menggalas tanggungjawab ini dan juga mengucapkan tahniah kepadanya atas pembentukan kabinet baharu.

Itu antara kata-kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berasal dari Jerantut, Pahang, beliau menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu amanah daripada Allah SWT yang perlu digalas dengan baik.

Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berjanji akan menggalas tugas itu dengan baik sejajar dengan kepercayaan yang diberikan Muhyiddin kepadanya.

” Ini adalah amanah dari Allah SWT dan saya akan melakukan yang terbaik, serta sedaya upaya memenuhi tugas sebagai Menteri Alam Sekitar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhyiddin mengumumkan Kabinet seramai 31 orang menteri dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang timbalan perdana menteri tetapi menamakan empat orang menteri kanan untuk membantu beliau menjalankan tugas Perdana Menteri.

Tuan Ibrahim berkata Islam sendiri sangat menuntutkan umatnya untuk menjaga alam sekitar dan sehubungan itu beliau akan menerapkan tuntutan itu dalam konteks penjagaan, pengawalan dan kelestarian alam sekitar termasuk menangani isu pencemaran.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air.

Ahli Parlimen Kubang Kerian yang dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang, itu mula bergiat aktif dalam politik apabila bertanding Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Zainal Hassan.

Bekas penasihat Pusat Pungutan Zakat Pahang itu dilantik sebagai Timbalan Presiden Pas pada sesi 2019-2021 dan juga memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang sejak 2004 sehingga sekarang.

Pada PRU14, Ahli Majlis Syura Ulama Pas itu bertanding bagi kerusi Parlimen Kubang Kerian dan menewaskan calon BN, Datuk Seri Muhammad Abd Ghani dan Datuk Dr Abdul Halim Yusof (Pakatan Harapan).

Tuan Ibrahim yang berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Jabatan dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Dakwah dan Kepimpinan di UKM pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis.

Beliau kemudian bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini dan sinar

Be the first to comment on "Dari UIama Dihormati, Kini ke Kabinet. Inilah Kata-Kata Tuan Ibrahim Sebaik Dilantik Jadi Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*