Video Saat-Saat Aliff Syukri Mencubit Anak Angkatnya Dibongkarkan Oleh Caprice?


Caprice atau Ariz Ramli merupakan seorang penyanyi yang juga dikenali sebagai penceramah motivasi.

Di laman Instagram, bintang hip hop ini gemar memuat naik rakaman dirinya berkongsi pendapat mengenai isu tular di media sosial.

Beliau yang terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris turut aktif melibatkan diri dalam aktiviti ceramah dan kempen bagi tujuan pendidikan.

Sebelum ini, polis menahan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan Aliff dibebaskan dengan jaminan polis, pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

Caprice juga telah memberi kata-kata dan pandangannya mengenai kes ini.

Dia Mengulas video yang dihantar kepadanya yang seperti menunjukkan Aliff Syukri mencubut anak angkatnya Ameena untuk dia menangis ketika buat rakaman live sosial medianya.

Kebenaran kejadian ini sukar untuk dipastikan tetapi Caprice berikan pandangannya menerusi “body language” Aliff Syukri.

Sekiranya betul apa yang terjadi, ianya perbuatan yang tidak boleh diterima akal kerana Ameena hanyalah budak kecil yang tidak tahu atau mengerti apa-apa.

Sebelum ini seorang pengadu mendakwa Aliff turut memanggilnya masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit, namun dia tidak menuruti arahan itu kerana bimbang kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan.

Susulan itu, pengadu kemudian membuat laporan polis kerana khuatir sekiranya turut dituduh memukul anak angkat suspek.

Satu salinan laporan polis dipercayai berkaitan kes berkenaan turut tular di media sosial, sejak semalam.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri juga telah diminta menyerahkan kanak-kanak itu di bawah jagaan pembantu peribadinya buat sementara.

Sebagai ibu bapa yang telah mengambil anak angkat mereka haruslah bertanggungjawab dan amanah dalam dalam medidik dan membesarkan anak tersebut sehingga mereka mampu berdikari serta pandai menyara diri.

Janganlah ibu bapa memilih kasih atau keliru dalam peranan masing-masing semasa membesarkan anak angkat kerana tanggungjawabnya sama seperti menjaga anak sendiri.

Be the first to comment on "Video Saat-Saat Aliff Syukri Mencubit Anak Angkatnya Dibongkarkan Oleh Caprice?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*