Aliff Syukri Ditahan Sehari Dan Kini Telah Di Bebas Dengan Ikat Jamin Polis


Usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri ditahan polis semalam bagi membantu siasatan susulan disyaki mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, Aliff dibebaskan pada hari sama sebaik siasatan selesai dijalankan.

“Tangkapan telah dibuat ke atas Aliff Syukri semalam.

“Siasatan dibuat dan dia dibebaskan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Fadzil dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita Indonesia yang juga pembantu rumah Aliff.

Dalam laporan diterima jam 3.55 petang itu, pengadu mendakwa suspek mendera anak angkatnya yang berumur dua tahun.

Menurut Fadzil, polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil saksi yang berkaitan dengan kes berkenaan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen: 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, berdasarkan aduan pengadu, suspek didakwa memukul anak angkatnya sewaktu ingin merakam gelagat dia menangis bagi tujuan publisiti di kediamannya di Selangor.

Pengadu mendakwa, suspek turut mengarahkannya untuk memukul kanak-kanak terbabit dalam kejadian berlaku Februari lalu itu bagaimanapun dia enggan menuruti arahan tersebut.

Sebaliknya, suspek didakwa dia akhirnya memukul anak angkatnya sendiri menggunakan kasut di badan selain mencubit kanak-kanak tersebut hingga meninggalkan kesan.

Pengadu juga berkata, dia membuat laporan tersebut kerana khuatir sekiranya dia dituduh memukul anak angkat suspek.

Satu salinan laporan polis dipercayai berkaitan kes berkenaan turut tular di media sosial, sejak 4 Mac lalu.

Aliff pula merancang untuk mengadakan satu sidang media pada jam 3 petang bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu di pejabatnya di Kota Damansara semalam.

Bagaimanapun, hasratnya itu terpaksa dibatalkan dengan alasan kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

Be the first to comment on "Aliff Syukri Ditahan Sehari Dan Kini Telah Di Bebas Dengan Ikat Jamin Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*