Akhinyra Lelaki Yang HlNA Agong Ditangkap

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebook Aaron Yee telah ditahan polis kerana menghina Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan hari ini.

Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dipohon dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, seorang pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikri atau Fadiahnadwa dikesan memuatnaik kenyataan dengan sengaja berunsur hasutan yang boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan dan boleh mengganggu gugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Tambah Huzir, satu lagi siasatan adalah melibatkan hantaran di Facebook yang berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dibuat seorang penama akaun dikenali Gavin Lee.

Siasatan dimulakan ke atas hantaran dimuat naik pemilik akaun dikenal pasti Gavin Lee yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Seorang lagi dikenal pasti adalah pemilik akaun Facebook, Haizad Azhar yang dikesan memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong.

Jelas beliau, empat kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, polis menggesa orang ramai supaya mendokong prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

“Kita menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang tindakan menyalahi undang-undang, mengeluarkan kenyataan atau sebarang artikel boleh mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya lagi.

Be the first to comment on "Akhinyra Lelaki Yang HlNA Agong Ditangkap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*