Ali Puteh Akhirnya Dedahkan Mimpinya Bertemu Dengan ARW@H ABAM


Berkenaan dengan mimpi sebahagian dari kalangan ulama ahli sunnah wal jamaah berpendapat bahawa arwahh orang yang telah meninggal dunia boleh mendatangi ahli keluarga atau sahabat handainya di dalam mimpi khususnya kepada orang yang soleh dan bertaqwa. Antaranya seperti yang disebut oleh Imam Al-Qurtubi ra dalam tafsirnya bahawa Ibn Abbas ra dan Said bin Jubair ra berpendapat bahawa arwah orang yang mati dapat bertemu di dalam mimpi dan saling berkenalan.

Ali Puteh mendedahkan baru-baru ini dia bermimpi bertemu dengan arwah Abam.Ali kongsikan mimpi itu ketika ditemui di majlis tahlil arwah Abam anjuran Astro di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

“Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah! Dia nampak bahagia!,” katanya.

Sebelum itu, kisah keluarga menjadi perhatian ramai selepas usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyiarkan temubual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara langsung di laman Facebook.

Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka yang ditinggalkanAbam. Situasi tersebut mencetuskan perbalahan dua keluarga.Disebabkan koontroverrsi membabitkan dirinya dengan kakak ipar, Nor Hidayah, pelawak Ali Puteh, mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berbentuk kecaman di laman Instagram.Menurut Ali, 31, dia terkejut dan tidak menyangka dalam sekelip mata orang ramai yang pada awalnya menghantar mesej memuji sikap arwah Abam berubah membenci dirinya.

“Selepas Abam meninggal, ramai yang hantar mesej memuji sikap Abam tapi beberapa hari selepas itu ianya berubah sama sekali.Saya dan keluarga dihina teruk dan maruah kami diaibkan, kecaman dilemparkan netizen kepada kami sekeluarga sangat hebat dan saya menerima lebih 700,000 mesej kecaman dan makian.Setelah saya mengadakan sidang media baru-baru ini menjelaskan cerita sebenar, saya terima lebih 90,000 mesej peribadi yang minta maaf, tapi sayang akaun itu pun sudah digodam!,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Ali mendedahkan dia mengalami kesukaran untuk tidur malam ketika berdepan dengan kontroversi tersebut.

“Tidur saya tidak pernah lena selepas apa yang berlaku itu. Jadi, sekarang saya sangat menjaga percakapan terhadap apa yang nak dikomen supaya tidak timbul lagi sebarang isu.Hanya dalam beberapa hari lalu tidur saya tidak terganggu apabila isu keluarga sedikit reda dan netizen lebih memberi tumpuan kepada hal politik negara.

“Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan doa saya untuk tenang semula, boleh tidur dan tidak terlalu memikirkan isu yang terjadi. Apapun, saya sedar ujian yang harus dihadapi ketika ini sangat besar dan akur menerimanya kerana yakin perlu sentiasa bermuhasabah diri,” katanya.

Jika seseorang bermimpi sesuatu yang disukai, maka ceritakanlah mimpi itu jika dia mahu dan apabila dia bermimpi sesuatu yang dibenci, maka jangan diceritakan, hendaklah dia bangun dan berdoa.

Menurut riwayat yang lain, Rasulullah SAW menyarankan agar berta’awwuz (membaca A’uzubillah) apabila seseorang sedar daripada mimpi yang buruk.

Jelas, berdasarkan hadis di atas dan penerangan para ulama, wujudnya mimpi yang berbentuk petunjuk daripada ALLAH SWT di samping wujudnya mimpi mainan syaitan.

Be the first to comment on "Ali Puteh Akhirnya Dedahkan Mimpinya Bertemu Dengan ARW@H ABAM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*