Akhirnya Tun M Akan Ada Pengumuman Mengejutkan Nanti Lepas Jumpa PH

Perkembangan poIitik tanahair berhubung pembentukan kerajaan baru dan siapa bakal dilantik menjadi perdana menteri ke-8 masih menjadi tanda tanya.

Hari ini, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui yakin sudah memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri kelapan.

Dr Mahathir memberitahu, keputusan itu dicapai selepas dia mengadakan mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Harapan pada pagi Sabtu.

Malah katanya, ketetapan itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi kenyataan yang diedarkan pagi ini, Dr Mahathir turut mengulangi pendirian enggan bekerjasama dengan pemimpin politik yang terlibat dengan amalan rasuah.

Dr Mahathir turut memperincikan perjalanan mesyuarat yang melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat.

” Saya telah menyampaikan hal ini kepada Ahli Parlimen Bersatu sewaktu mesyuarat semalam. Saya tidak menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong mana-mana individu.

” Malah saya meninggalkan mesyuarat lebih awal untuk memberikan ruang kepada mereka berbincang dan memilih siapa yang sesuai menjadi perdana menteri.

” Seperti saya nyatakan sebelum ini, saya tidak sedia bekerjsama dengan mereka yang korup dari Umno. Saya boleh terima mereka secara individu jika mereka boleh buktikan bersih rasu4h,” ujarnya.

Kenyataan muncul selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan pagi ini.

” Saya yakin bahawa saya mempunyai bilangan yang diperlukan untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

” Oleh itu, saya bersedia untuk menjadi calon perdana menteri.

” Keputusan ini akan disampaikan kepada Yang Di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

Pakatan Harapan, dalam kenyataan yang berasingan, mengesahkan bahawa gabungan itu akan menyokong Mahathir.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan pernah menandatangani apa-apa sokongan terhadap presiden parti, Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri.

” Saya tak pernah tandatangan,” katanya apabila ditanya tentang sokongan Bersatu terhadap Muhyiddin sebagai calon perdana menteri kelapan.

Ini ekoran kenyataan Setiausaha Agung Bersatu semalam, Marzuki Yahya yang menyatakan Mesyuarat Ahli-ahli Dewan Rakyat Bersatu (termasuk sekumpulan blok Azmin dari PKR) memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin.

Katanya, “mesyuarat itu dihadiri oleh seramai 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu”.

Terdahulu, Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka memanggil semua ketua parti politik ke Istana Negara pada jam 10.30 pagi.

Agong pada Selasa dan Rabu lalu mewawancarai semua anggota parlimen bagi mengetahui calon perdana menteri pilihan mereka, namun mendapati tiada mana-mana pihak memiliki majoriti yang jelas.

Anggota Parlimen BN dan PAS memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa mereka mahukan Dewan Rakyat dibubarkan manakala pemimpin Pakatan Harapan memutuskan untuk mencalonkan Anggota Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas bekas pemimpin mereka, Dr Mahathir Mohamad enggan memulihkan kerajaan PH.

GPS, Warisan dan Bersatu dipercayai menamakan Mahathir, yang merupakan pengerusi Bersatu, sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, pendirian parti-parti politik ini berubah lagi dalam masa beberapa hari.

Sehingga malam tadi, BN, PAS dan Bersatu kini menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Pendirian PH tetap tidak berubah buat masa sekarang dan siapa yang akan disokong GPS dan Warisan masih samar.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini dan mstar

Be the first to comment on "Akhirnya Tun M Akan Ada Pengumuman Mengejutkan Nanti Lepas Jumpa PH"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*