Tun Dr Mahathir Sah Letak Jawatan, Aliff Syukri Mahu Jadi PM?


Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengesahkan Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri,

“Surat tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi.

Memetik laporan portal media atas talian, difahamkan pemimpin-pemimpin kanan bersatu sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumukan bahawa parti itu telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas parti yang diadakan semalam.

Dr Mahathir yang juga adalah pengerusi Bersatu dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Seronoknya Kalau Saya Boleh Jadi Perdana Menteri. Tapi….,” – Datuk Aliff Syukri

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Aliff membayangkan betapa indah andai dirinya boleh menjadi Perdana Menteri.

“Bestnya kalau sy boleh jadi perdana menteri tapi ada yang nak undi sy tak,” tanya penyanyi Bobo Di Mana ini.

Lantas, perkongsian penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu menjadi perhatian netizen.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai terhadap perkongsian usahawan berusia 32 tahun itu.

1 Comment on "Tun Dr Mahathir Sah Letak Jawatan, Aliff Syukri Mahu Jadi PM?"

  1. kepala otak hang jadi pm Akal pun tak sempurna bila bercakap.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*