Aliff Syukri Mohon Maaf Pada Ali Puteh Dan Keluarga Dan Beri Amaran Akan Saman Pada Ustaz Abu Syafiq Atas Kerana Mendakwa Produknya Tidak Halal



Semalam kecoh di laman media sosial terutama di laman media facebook berkaitan kenyataan dalam bentuk video oleh Ustaz Abu Syafiq berkaitan usahan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri.

Hasil dari tinjauan kami pada laman fanspage Ustaz Abu Syafiq posting atau hantaran tersebut sudah pun telah diturunkan.

Namun hasil dari pencarian di laman youtube dengan kata kunci “Ustaz Abu Syafiq” kami masih menemui video yang telah di ulang siar semula.

Salah satu contohnya pautan video menunjuk Ustaz tersebut menyatakan dan memberi komen berkaitan isu itu adalah seperti di bawah ini:

Dalam video itu dikatakan Ustaz tersebut membuat dakwaan tanpa bukti.

Aliff Syukri akhirnya menjawab segala pertanyaan yang masih lagi menjadi isu berkaitan dirinya itu.

Dalam video yang disiarkan secara langsung atau live oleh Aliff Syukri, beliau memberi penjelasan dan ianya dipercayai melibatkan dirinya yang dibelenggu dengan masalah keadaan.

Aliff Syukri juga membuat kenyataan berkaitan isu yang panas terpalit dengan diri beliau kepada media yang menghadiri sidang media itu hari ini.

Dalam video yang disiar melalui laman fansapage Aliff Syukri secara langsung, beliau menyatakan perkara sebenar apa yang berlaku diantara beliau dan juga balu Abam Bocey dan keluarganya.

Beliau juga mempertahankan bahawa dirinya dan pihak beliau tidak bersalah kerana tersepit dalam situasi krisis antara keluarga belah Balu Abam bocey dan juga belah Ali Puteh.

Pun begitu dalam rakaman video yang disiarkan itu, Aliff Syukri tidak mahu memanjangkan perkara itu dengan pelawak Ali Puteh yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu.

Aliff Syukri memohon maaf kepada semua terutama keluarga Hidayah balu Abam Bocey dan juga kepada Ali Puteh dan juga keluarga.

Menjawab soalan dari rakam media, Aliff Syukri menyatakan bahawa beliau tetap akan memohon maaf dan ingin berjumpa bersua dengan keluarga Ali Puteh.

Tetapi Aliff syukri tetap mempertahankan bahawa beliau tetap dengan pendirian dan sikapnya yang semua orang umum ketahui bahawa beliau suka membuat LIVE.

Beliau akan mempertontonkan apa jua yang dilakukannya dan apa yang beliau fikir itu perlu dikongsikan kepada umum maka beliau akan tetap kongsikan melalui siaran langsung kerana itu adalah amalan yang sering dilakukan untuk membuat konten.

Tambahnya lagi semua orang nak buat konten atau bahan kandungan untuk apa-apa pengisian tidak kira ianya bertujuan untuk dikongsikan di media sosial ataupun youtube.

Dalam pada itu di akhir sidang media, Aliff Syukri juga turut menyatakan bahawa beliau kini dikecam oleh netizen hasil dari pendedahan video yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Syafiq.

Dia menuntut Ustaz Abu Syafiq membuat permohonan maaf dan memuat turunkan video yang telah dikongsikan sebelum ini.

Jika gagal berbuat demikian Aliff Syukri juga menyatakan akan membuat tindakan saman kepada Ustaz Abu Syafiq.

Kedengan dalam video kedengaran amaran bahawa saman mereka bukan kecikl-kecol anak dan tidak teragak-agak akan menyaman dengan jumlah yang besar berkaitan isu itu.

Dengan itu para netizen dapat menilai dengan sebaiknya setelah mendengar penjelasan dari Aliff Syukri itu sendiri dan diharap juga keadaan ini dapat meredahkan lagi keadaan yang melanda usahawan kosmetik yang berjaya itu.

Beliau juga turut memohon rakyat Malaysia hentikanlah tohmahan terhadap beliau, tumpukan pula pada persada politik tanah air yang kini nampaknya banyak kontroversi dan spekulasi.

Tapi hasil tinjauan kami dan rakan media lainnya, masih ada komen-komen nakal dari netizen.

Di bawah ini kami lampirkansedikit tangkap layar atau screen shoot netizen-netizen yang meninggalkan komen sinis mereka di laman fanspage Aliff Syukri Terlajak Laris.

Diharapkan Aliff Syukri tidak mengambil pusing komen-komen netizen itu. Anggap sajalah ianya hanyalah gurauan manja dan jenaka untuk menghiburkan jangan diambil serius.

Yelah sekarang ni masalah negara dah semakin serius mungkin netizen perlukan bahan untuk berhibur dan berjenaka.

Apa-apa kita doakan yang adanya penyelesaian yang terbaik untuk kedua belah pihak.
Sama-sama kita doakan.
Amin!

Be the first to comment on "Aliff Syukri Mohon Maaf Pada Ali Puteh Dan Keluarga Dan Beri Amaran Akan Saman Pada Ustaz Abu Syafiq Atas Kerana Mendakwa Produknya Tidak Halal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*