Ustaz Abu Syafiq Akhirnya Bongkarkan Produk Aliff Syukri Tidak Halal Dan Selama Ini Dia Kaya Makan Duit Haram?


Umum ketahui bahawa sosok Aliff Syukri ini sering hangat sedang diperkatakan oleh netizen minggu ini.

Kalau Minggu lepas Sajat menjadi sorotan netizen dan media, kali ini rakan baik Sajat atau nama sebenar beliau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah mengambil alih tempat itu.

Ramai netizen menyatakan bahawa 2 sahabat baik ini seringkali mencetuskan kontroversi semata-mata inginkan perhatian dan mencapai matlamat mereka iaitu untuk membuat pemasaran produk mereka sendiri demi meraih lebih pendapatan tanpa mengira apa kemudaratannya kata rata-rata netizen melalui ruangan komen yang telah ditinggalkan pada pautan posting/hantaran di laman page Ustaz Abu Syafiq.

Pun begitu masih ada segelintir yang menyokong cara Alif syukri itu. Ramai yang masih meberikan komen positif dan ada juga masih menyatakan dukungan pada beliau agar meneruskan kebaikan beliau itu kerana sering membantu.

Pun begitu ada pula komen netizen yang menyatakan bahawa masih ramai tidak tahu tentang cara kerja Aliff Syukri yang didakwa selalu mengambil kesempatan kepada semua isu-isu yang sedang ‘panas’ dan seterusnya menjadikan ianya sebagai konten/bahan atau kempen pemasaran beliau untuk produk-produk miliknya.

Dan ada juga bersimpati dekat Aliff Syukti bahawa kononnya dia memang betul-betul ikhlas tanpa meminta sebarang balasan pun.

Aliff Syukri difahamkan memang membantu semua orang susah tapi sebenarnya itulah matlamat yang dia mahukan supaya orang terus bercerita tentang beliau dan secara tidak langsung beliau mendapat marketing percuma oleh tindakan itu kata netizen.

Hakikatnya bukan semua dibantu sekiranya tiada pulangan kepentingan untuk beliau itu sendiri kata seorang netizen lagi pada posting atau hantaran di laman facebook Ustaz Abu Syafiq.

Dan maka ramailah yang terpedaya bahawa Aliff Syukrilah insan yang hebat dan terpuji bak kata Ali Puteh sindir Ustaz Abu Syafiq dalam video yang telah menjadi tular itu.

Selain kaya beliau juga bijak manipulasi keadaan demi kelangsungan perniagaan beliau kata sesetengah komen netizen pada pautan posting Ustaz Abu Syafiq itu.

Terbaharu Ustaz Abu Syafiq melalaui laman peminatnya yang kini mempunyai lebih dari 200,000 pengikut dilaman itu, mendedahkan dan membongkarkan bahawa produk Aliff Syukri ini tidak halal.

Ianya telah didedahkan sendiri dalam video penjelasan panjang beliau yang mengupas tentang hukum adakah halal atau haram pendapatan dari youtube hasil pemecahbelah keluarga orang yang masih hangat diperkatakan sekarang ini.

Selain dari mengulas isu halal dan haram tentang sumber pendapatan itu, beliau juga menyatakan bahawa Aliff Syukri ini telah menipu rakyat Malaysia sekian lama kerana menyatakan produk dia halal tetapi sebenarnya tidak.

Ustaz Abu Syafiq juga menyertakan gambar bukti salah satu produk Aliff Syukri yang didakwa tidak mempunyai sijil dan cop logo halal.

Gambar itu telah dimuat naik sendiri oleh Ustaz Abu Syafiq di laman facebook pengikut beliau di sini.

Lebih kelakarnya lagi, Ustaz Abu Syafiq telah kantoikan bahawa Aliff Syukri kononnya dapat sijil halal dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Ustaz Abu Syafiq juga menyatakan bahawa sijil halal hanya dikeluarkan oleh Jakim.

Kemudian Ustaz Abu Syafiq juga menyatakan Aliff Syukri telah mendapat status halal dan cop halal sebab dia dah bayar LHDN.

Ustaz Abu Syafiq terus menyatakan bahawa semua orang termasuk orang kafir juga bayar cukai kepada LHDN tapi untuk untuk status halal katanya.

Ustaz Abu Syafiq juga mendakwa beliau telah menghubungi Ibu Pejabat syarikat Aliff Syukri untuk meminta bukti sijil halal dap cop serta logo halal, namun pihak syarikat itu gagal membuktikannya.

Para media seluruh negara kini sedang mendapatkan ulasan dari Aliff Syukri sekarang ini berkaitan status halal produk beliau jual selama ini namun masih belum mendapat jawapan.

Jika betul seperti apa yang didakwa Ustaz Abu Syafiq bahawa produk Aliff Syukri ini tidak halal, maka didapati Aliff Syukri menjual produk tidak halal tetapi menyatakan halal adalah satu penipuan umum demi meraih keuntungan.

Apa pun anda sendiri boleh fikir bagaimana percaturan perniagaan Aliff Syukri ini memanipulasi isu-isu terkini dan menjadikannya sebagai modal untuk beliau mempromosikan produk beliau selain over claim produk beliau komen salah seorang netizen lagi pada pautan hantaran Ustaz Abu Syafiq tersebut.

Sama-sama kita nantikan jawapan dari Aliff Syukri sekiranya beliau berani keluarkan kenyataan untuk membalas kenyataan dan dakwaaan Ustaz Abu Syafiq ini.

Kerana kita tidak boleh mendengar sebelah pihak.

Tunggu Dato Seri Aliff Syukri beri penjelasan penuh sebaiknya.

Kesahihan yang dilontarkan oleh netizen dan Ustaz Abu Syafiq itu masih tidak jelas dan tidak pasti tanpa bahan bukti yang kukuh.

Difahamkankan Aliff Syukri akan buat penjelasan berkaitan isu itu dan kami akan berikan kenyataan penuh Aliff Syukri untuk berlaku adil kepada beliau menjelaskan perkara sebenar.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan kejayaan kedua-dua belah pihak agar menyelesaikan masalah itu dengan baiknya.

2 Comments on "Ustaz Abu Syafiq Akhirnya Bongkarkan Produk Aliff Syukri Tidak Halal Dan Selama Ini Dia Kaya Makan Duit Haram?"

  1. Kalau tengok video Ustaz Abu Syafiq, dia nak saman Aliff Syukri 1 billion. Mari kita tengok kesudahannya.

  2. tak sangka Aliff Syukri macam nie kan netizen netizen 😷

Leave a comment

Your email address will not be published.


*