Ali Puteh Diuji Lagi, Kini Akaun Instagram Miliknya Hilang, Sekali Lagi Di G0DAM?


Pergolakan yang melanda keluarga Allahyarham Abam selepas beberapa hari pemergiannya begitu menarik perhatian ramai. Difahamakan segalanya bermula apabila usahawan kosmetik , Aliff Syukri yang menziarah ke rumah balu arwah, Hidayah Mohamad Ali telah mengutarakan beberapa soalan dalam masa membuat perkongsian secara ‘Live’ di akaun Facebook miliknya.

Ini menyebabkan Ali Puteh, adik kepada Arwah Abam berang lantas mengecam tindakan usahawan berkenaan yang dilihat seperti cuba mengucar-kacirkan keluarganya selain merasakan tindakan itu akan menimbulan pelbagai andaian tidak baik terhadap keluarganya.

Ali yang gagal mengawal emosinya turut memuat naik posting berbaur penghinaan terhadap kakak iparnya namun bertindak membuang entri berkenaan selepas dinasihat kan oleh rakan-rakannya juga selepas dikecam hebat oleh netizen.

Keadaan kemudiannya bertukar menjadi reda selepas Ali membuat satu sidang media menjelaskan kekeliruan yang terjadi dalam masa sama membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya itu.

Selain itu Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut berjanji akan membawa ibunya berjumpa dengan Hidayah untuk menyelesaikan segala urusan mereka dan juga sedia untuk berdamai dengan Aliff Syukri.

Terbaru, carian yang dilakukan mendapati Instagram milik Ali kini tidak lagi boleh dikunjungi. Akaun itu yang pada mula nya kelihatan seperti di godam apabila segala gambar dan posting lama telah hilang seakan sengaja dipadamkan mengejutkan ramai pengguna sosial.

Malah sebelum akaun IG milik Ali yang mempunyai 467 ribu pengikut tersebut ‘hilang’ namanya juga telah ditukarkan kepada @ furrqivurdu menguatkan lagi spekulasi bahawa akaun itu telah digodam.

Terdahulu, Ali telah memuat naik beberapa perkongsian antaranya, kata-kata nasihat dari pendakawah Habib Ali, screenshot perbualan dirinya dengan Allayarham Abam yang berkisar mengenai ‘ilham’ untuk menghiburkan orang ramai serta satu posting yang bertulis : ‘Saya maafkan semua’

Jika benar akaun nya digodam dan bukan sengaja dinyahaktifkan, ini bermakna sudah dua akaun miliknya hilang dari genggaman, sesuatu yang amat ditakuti oleh para selebriti serta orang berpengaruh.

Namun hasil tinjauan kami sekali lagi pada akaun itu ternya sudah bertukar usernama atau nama pengguna.

Be the first to comment on "Ali Puteh Diuji Lagi, Kini Akaun Instagram Miliknya Hilang, Sekali Lagi Di G0DAM?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*