[VIDEO] Ashraf Sinclair MENlNGG@L KETIKA TIDUR, Ramai Netizen Dari Malaysia Dan Indonesia Sedih.


Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau Bunga Cinta Lestari disahkan Doddy yang juga pengurus Bunga Cinta Lestari.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Cinta Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

“Tidak Kenal Tapi Sedih Sangat” – Netizen Turut Menangis Tengok Reaksi Bunga Cinta Lestari Di Sebelah Jasad Ashraf Sinclair

Setiap pasangan yang berumah tangga impikan kebahagiaan dan hidup hingga ke tua. Jadi, memang tak boleh nak bayang perasaan Bunga Citra Lestari bila suaminya yang baru menginjak usia 40 tahun ini pergi secara mendadak.

Tambah menyedihkan lagi, malam semalam semasa menjadi juri di rancangan realiti TV Indonesia, Bunga Cinta Lestari sempat menyanyikan lagu Soulmate dendangan Kahitna tanpa mengetahui dia bakal pulang dan menemui suaminya dah tak bernyawa.

Satu Instagram dengan nama Lambe Turah telah memuatnaik video suasana di dalam rumah Bunga Cinta Lestari ini.

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok reaksi wanita ini dengan matanya yang sembab dan sedaya upaya cuba untuk kuat bagi melayan tetamu yang datang ke sana.

Netizen turut sama berduka melihatkan keadaan Bunga Cinta Lestari ini.

Allahu memang tak boleh bayang kena tinggal dengan pasangan tanpa dijangka macam ni.

Bayangkan bagaimana jantung anda bekerja untuk melengkapi rutin 20,000 kali sit up dalam masa 30 minit!

Itu antara rutin yang diamalkan oleh Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia awal pagi Selasa.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagramnya empat hari lalu, pelakon itu menjalani sesi latihan tersebut sejak akhir-akhir ini.

Latihan itu demi mendapatkan bentuk ideal pada bahagian abdomennya.

“Bolehkah anda melakukan 20,000 sit ups dalam masa 30 minit? Saya menggabungkan sesi senaman saya itu dengan diet yang menyihatkan untuk mendapatkan six pack yang sempurna,” katanya yang turut menjalani rawatan di sebuah klinik aestetik di Jakarta.

Tidak semena-mena, netizen mula membanjiri ruangan posting terbabit sekali gus mengaitkan sesi senaman ekstrim itu dengan punca kematian Ashraf.

“Adakah rawatan ini memberikan kesan kepada jantung?” soal @lianpralian.

“Disebutkan juga alat itu buat jantungnya bekerja lebih. Adakah alat ini penyebabnya? Tapi usia itu di tangan Tuhan…” tambah pengguna lain.

“Mungkin bisa jadi gara-gara ini penyebabnya,” tulis @rahadiansyah_moh.

“Ini puncanya. Sebab maksa jantung untuk lebih bekerja keras.

Ya tuhan. Gak nyangka deh. Kayak sabotaj. Sedih banget,” tulis @angelrosetyra.

20k Sit up Dalam Masa 30 Minit, Netizen SpekUIasi Senaman Ekstr1m Jadi PUnca KemAtian Ashraf
Namun, ada juga yang menyangkal senaman dan rutin kesihatan ini menjadi punca kematian Ashraf.

“Really hope that this was not the reason took him away this early.. He is young, healthy, in good shape..

“It reminds us all, we never know when our turn to come back but it also remind us again, anything “too much” will never good to ourselves and our body,” tulis @lailatulzubaidan.

“Olahraga jangan terlalu exstrem sayangi jantung anda jantung juga butuh istirahat,” tambah @yovankacute.

Ashraf meninggal dunia pada pukul 4.51 pagi Selasa akibat serangan jantung.

Be the first to comment on "[VIDEO] Ashraf Sinclair MENlNGG@L KETIKA TIDUR, Ramai Netizen Dari Malaysia Dan Indonesia Sedih."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*