Video Ashraf Sinclair MENlNGGAL KETIKA TIDUR, Ramai Netizen Dari Malaysia Dan Indonesia Sedih.


Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau Bunga Cinta Lestari disahkan Doddy yang juga pengurus Bunga Cinta Lestari.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Cinta Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

“Tidak Kenal Tapi Sedih Sangat” – Netizen Turut Menangis Tengok Reaksi Bunga Cinta Lestari Di Sebelah Jasad Ashraf Sinclair

Setiap pasangan yang berumah tangga impikan kebahagiaan dan hidup hingga ke tua. Jadi, memang tak boleh nak bayang perasaan Bunga Citra Lestari bila suaminya yang baru menginjak usia 40 tahun ini pergi secara mendadak.

Tambah menyedihkan lagi, malam semalam semasa menjadi juri di rancangan realiti TV Indonesia, Bunga Cinta Lestari sempat menyanyikan lagu Soulmate dendangan Kahitna tanpa mengetahui dia bakal pulang dan menemui suaminya dah tak bernyawa.

Satu Instagram dengan nama Lambe Turah telah memuatnaik video suasana di dalam rumah Bunga Cinta Lestari ini.

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok reaksi wanita ini dengan matanya yang sembab dan sedaya upaya cuba untuk kuat bagi melayan tetamu yang datang ke sana.

Netizen turut sama berduka melihatkan keadaan Bunga Cinta Lestari ini.

Allahu memang tak boleh bayang kena tinggal dengan pasangan tanpa dijangka macam ni.

Be the first to comment on "Video Ashraf Sinclair MENlNGGAL KETIKA TIDUR, Ramai Netizen Dari Malaysia Dan Indonesia Sedih."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*