Gara-Gara Ikut Trend Mesej K0TAK, 2 Wanita HlNA Pelanggan Guna Motor Terima P@D@H

Sejak kebelakangan ini semakin ramai mengikut trend menulis mesej di atas kertas kotak.
Ia mula popular setelah dimulakan oleh pengguna Instagram @vidviralx.

Disebabkan itu ada juga staf-staf restoran yang menyampaikan pesanan mereka kepada orang ramai menggunakan cara tersebut memandangkan ia mudah tular, jadi mesej yang disampaikan akan tersebar dengan meluas.

Bagaimanapun, satu gambar memaparkan mesej teguran kepada pelanggan dari dua orang staf satu restoran makanan segera menerima krltikan. Mereka menulis:

“KALAU NAIK MOTOR JANGAN DRIVE – THRU”

Mesej mereka mendapat kritikan warganet yang menganggap adalah hak pelanggan untuk menggunakan motosikal bagi menggunakan outlet pandu-lalu kerana mereka juga pelanggan yang menyumbang kepada keuntungan restoran makanan segera tersebut.

Ada mendakwa, mereka hanya berjalan kaki sahaja dan masih membeli di pandu-lalu.

Namun begitu, aksi tular itu ternyata mengundang padah apabila dua staf itu dikatakan sudah dibuang kerja kerana tindakan mereka dianggap melambangkan pendirian jenama restoran tersebut terhadap !su itu, sedangkan ia hanya pandangan peribadi staf tersebut.

Gambar tersebut pada mulanya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mengkrltik staf restoran tersebut kerana dianggap menghlna penunggang motosikal yang menggunakan pandu lalu.

Khabarnya, pihak pengurusan restoran itu sendiri yang menelefon pengguna Facebook tersebut dan memohon maaf atas tindakan staf tersebut.

Melalui satu penjelasan video, staf tersebut menyatakan mereka bukan menghina pelanggan bermotosikal yang menggunakan pandu lalu, sebaliknya memaparkan mesej itu kerana pengimbas pandu lalu tidak dapat mengesan kedatangan motosikal.

Sebelum ini, terdapat gambar mesej kotak berbentuk teguran dari staf restoran yang sama tetapi wajahnya tidak dipaparkan, dan ini mungkin telah menyelamatkannya dari tlndakan tatatertib.

Apa pun, jadikan peristiwa ini pengajaran. Jika anda memakai seragam kerja, tidak perlu membuat teguran kepada pelanggan dalam bentuk gambar arau video kerana jika ia pandangan perlbadi, ia boleh dianggap pandangan sebenar majikan dan boleh mempengaruhi perniagaan tersebut secara negatif.

Rata-rata netizen mengkritik mesej tersebut kerana itu adalah hak pelanggan untuk menaiki kenderaan apa sekalipun untuk menggunakan perkhidmatan pandu lalu. Malah ada yang menyifatkan ianya seolah menghina penunggang motosikal yang menggunakan pandu lalu.

Menurut sumber, kedua-dua kakitangan tersebut telah pun diberhentikan kerja serta merta susulan tindakan mereka itu yang dikatakan mengundang kemarahan pelanggan.

Bagaimanapun, menerusi satu penjelasan video kakitangan itu mengatakan mereka tidak bermaksud menghina pelanggan bermotosikal tetapi kerana pengimbas pandu lalu tidak dapat mengesan kedatangan motosikal.

Apa pun diharap selepas ini kakitangan atau sesiapa sahaja supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerana bimbang ianya beri kesan buruk di masa hadapan.

Be the first to comment on "Gara-Gara Ikut Trend Mesej K0TAK, 2 Wanita HlNA Pelanggan Guna Motor Terima P@D@H"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*