Tidak Tahan Dikecam Terus-Terus Setiap Hari Oleh Netizen Akhirnya Sajat Rendahkan Ego Minta Maaf Secara Terbuka

SAJAT MENANGIS
SAJAT MENANGIS


Sehingga hari ini isu Sajat ini mendapat perhatian dari semua golongan netizen.

Tidak kira dari Ustaz, Ulama, Menteri dan juga selebriti tidak ketinggalan untuk turut serta dalam polemik isu ini.

“Sajjad mohon maaf, apa patut saya buat?”

Demikian entri terbaru dimuatnaik oleh usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri apabila datang menemui Sajjad bagi mendapatkan penjelasan tentang kntroversi yang melandanya baru-baru ini.

Seperti kelaziman kalau ada isu-isu panas ramai sudah sedia maklum bahawa Datuk Aliff Syukri tidak terlepas dan akan mengambil kesempatan untuk meraih populariti dari isu-isu semasa. Seperti 2 Kes terdahulu kecoh tentang Bella dan Aliff Aziz, kemudian kecoh tentang Puteri Balqis dan kini isu tentang Sajjad pasti Datuk Aliff Syukri tidak mahu ketinggalan untuk mengambil peluang ambil kesempatan terhadap isu-isu seperti ini. Kerana menguntungkan beliau dari segi marketing atau pemasaran produknya dan untung meraih view dalam channel youtube beliau hasil dari keributan orang lain. Nampak begitu bijak artis-artis atau ustaz-ustaz lain mengambil kesempatan untuk tumpang sekali.

Umum mengetahui, kisah Sajjad berpakaian wanita ketika menunaikan umrah masih hangat diperkatakan.

Bukan sekadar warganet mengeluarkan pendapat masing-masing, malah sehingga menteri dan mufti turut tampil bersuara. Rata-rata mengatakan tndakan Sajjad itu adalah satu kesaIahan dan tidak seharusnya berlaku.

Menerusi rakaman vdeo yang dikongsikan di Instagram jutawan kosmetik itu, Aliff Syukri turut menulis berikut:

“Tangisan Nur Sajjad dalam situasi ini saya tak menangkan sesiapa dan siapa yang betul atau yang salah. Tetapi ingin jernihkan semua pihak supaya cari jalan yang terbaik.”

“Islam itu indah, semoga kita smua menjadi hamba Allah yang lebih baik.”

Perkongsian Aliff Syukri itu mendapat lebih 100k tontonan dalam masa kurang satu jam.

Video tersebut memaparkan Sajjad membuat peremohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sajjad atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang tampil bertudung berkali-kali menyebut perkataan maaf di atas tndakannya yang mencemar kesucian IsIam di tanah suci ketika menunaikan umrah.

Menurut Sajjad, beliau tidak mempunyai apa-apa niat dan datang ke sana (Mekah) hanya kerana mahu menunaikan ibadat dan bertemu Allah.

“Saya sedih sangat adakah orang seperti saya tidak layak untuk pergi ke rumah Allah.”

“Saya dulu memang kurang agama dan tidak insaf.”

“Walau apapun saya minta maaf pada semua jabatan-jabatan, pada semua mufti-mufti, ustaz-ustaz, Pencetus Ummah, ataupun sesiapa sahaja yang.”

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya tiada niat apa-apa. Saya minta maaf bagi pihak emak ayah saya, bagi pihak anak saya, rakan-rakan saya.”

Dalam rakaman tersebut Aliff Syukri turut cuba menenangkan Sajjad yang dilihat beberapa kali suara tersekat-sekat dan menangis.

Tambah Aliff Syukri beliau tidak menangkan sesiapa, dan tujuannya datang berjumpa Sajjad adalah untuk mendengar penjelasan dari empunya badan.

“Kadang-kadang penghinaan itu melampau-lampau. Orang tak faham, kadang-kadang orang kata Sajjad mempermainkan agama.”

“Apa-apapun kita ini orang kerdil. Sebolehnya jumpalah Mufti sendiri. Biarlah mufti yang putuskan dan berbincang.”

Dalam pada itu, Sajjad turut berkongsi pengalamannya sepanjang menunaikan umrah dan sepanjang berada di Makkah.

Katanya, beliau berasa begitu teruja melihat keajaiban kota Makkah di mana beribu orang datang semata-mata mahu menunaikan ibadah dan melupakan segala hal duniawi.

“Saya sendiri tiada masa untuk ambil tahu tentang cerita dalam media sosial.”

“Alhamdulillah sepanjang kat sana, saya cukup sembahyang. Dari tak tahu solat jnzah, kini saya dah tahu. Dari saya tak cukup solat, kini saya dah cukup solat.”

“Di sana saya dari awal Subuh, memang sentiasa membuat amal ibadah sahaja. Semua tempat saya pergi termasuk makam rasulullah”, akhiri Sajjad.

Be the first to comment on "Tidak Tahan Dikecam Terus-Terus Setiap Hari Oleh Netizen Akhirnya Sajat Rendahkan Ego Minta Maaf Secara Terbuka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*